Alhamdulillah, penulis masih lagi diberi kesempatan oleh-NYA untuk meng-update blog ini dengan beberapa artikel yang akan diceritakan sebentar lagi..
Baru-baru ini, penulis telah menyertai satu Kursus Jurulatih Rekreasi Luar Tahap II (atas jemputan kak Wan juga).Kursus itu diadakan di Taman Pertanian (sebelah kampus penulis je) dan berlangsung selama satu minggu je..untuk pengetahuan pembaca, kursus ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM). So, bermulalah pengalaman baru dalam hidup penulis sebagai jurulatih muda Rekreasi Luar Tahap II..
Pada hari pertama, penulis antara peserta yang terlewat mendaftarkan nama, so agak kelam kabut gak dan dimaklumkan bahawa para peserta adalah dalam kalangan belia. Ada yang lepasan SPM hinggalah yang masih belajar (area2 penulis je). Peserta diberi taklimat kursus oleh En. Daud (KJ) bagi aktiviti yang akan dijalankan selama satu minggu itu..untuk makluman, selama satu minggu kami berkursus, kami dibekalkan 2 ransom yang terdiri daripada solid fuel, storve, paket makanan yang siap dan biskut..haa, sebiji macam tentera..macam biasa, adat kursus konpem tidor dalam khemah. Penulis masih lagi tidak kenal sesama peserta..hmm, bila agaknya beleh kenal ea..slot pertama diisi dengan ice-breaking..para peserta diberi peluang mempamerkan cara @ skills bercakap masing2 dihadapan KJ sebelum bermula slot itu, peserta diberikan barang amanah oleh En. Shukri (ui, memang bosan ar camtu, asal kursus je barang amanah)..
Setiap kursus pasti ada organisasi, so penulis dilantik sebagai Penghulu bagi kursus ini. Memang berat tanggungjawab yang diberikan (maklumla nak pimpin orang yang dah beso ni susah)..hari pertama kursus dah kena makan leteran KJ, ui nak muntah pun ada kemudian didera ringan (kena buat bendera dan reka lagu tema sendiri) sampai pukul 430 pagi..ada yang tidur atas lantai, atas meja (sambil duduk), dan selebihnya dalam khemah ar..Hari kedua pun muncul, penulis menjalani slot Malaysia Cergas. Peserta dibawa berjogging sekeliling taman, buat sprint test sekejap, pastu pum-pin 40 kali dalam masa 2 minit secara berpasangan kemudian dibalas dengan sit-up selama 40 kali juga dalam masa 2 minit. Sebagai penghabisan, Gayutan 10 terbaik disajikan kepada peserta..malangnya penulis bersama teman yang lain berhutang dengan KJ so, sebagai denda, asal nampak je KJ lalu turun 10 kali..haa, macam ini la selalu bagi setiap pagi hari2 kursus..
Dalam kursus ini, peserta didedahkan dengan pelbagai modul seperti First Responder Support (CPR & pertologan cemas), teori @ kraf perkhemahan, orienteering/ navigasi/ survivor, water rescue (kayak), trekking/ hiking, teknikal tali (flying-fox, absealing, repealing) dll. Dalam First Responder Support, peserta didedahkan dengan kepentingan membantu orang awam yang dalam kecemasan. So, semua yang dilakukan ada rules yang digariskan oleh jabatan yang terlibat. Jabatan Operasi Bomba Kuantan turut berkongsi pengalaman semasa modul ini dilakukan. Pada petangnya, peserta diperkenalkan dengan teori perkhemahan. Disini, peserta diuji sejauh mana tahap pengetahuan mengenai perkhemahan sebelum diterang dengan lebih lanjut oleh wakil dari PJRM sendiri mengenai perkhemahan yang sebenarnya..rupanya, perkhemahan pun ada persiapan yang rapi juga sebelum kita berkhemah..(ui, memang leceh tapi itu semua untuk safety masing2)..sepanjang kursus nilai murni 5K diterapkan ke dalam jiwa peserta iaitu keselamatan-keselamatan-keselamatan-keselamatan-keselamatan..
Sebelum peserta menjalankan aktiviti seterusnya, peserta diterangkan mengenai cara @ kaedah trekking/ hiking yang betul dan cara mempacking barang ke dalam harversack..ini akan memudahkan peserta semasa menjalani aktiviti lasak..Pada hari berikutnya, peserta diberi taklimat untuk slot orienteering/ navigasi/ survivor oleh wakil dari Askar Wataniah Kem Tentera Darat. Para peserta diajar cara membaca kompas yang pelbagai bentuk dan jenis, cara membaca peta, mengukur jarak, membaca bearing dan menggrid peta. Ini kerana latihan praktikal akan dilaksanakan bagi menguji daya ketahanan dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta. Kemudian peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil bagi melaksanakan aktiviti pandu arah sejauh 7 km ke dalam hutan. 3 kumpulan dilepaskan di 3 checkpoint yang berbeza dan akan bertemu semula bagi menjalani aktiviti survivor. Kumpulan penulis antara yang terawal sampai di checkpoint bagi 2 km yang pertama..perjalanan merentasi semua jenis halangan yang mendatang..ada paya, ladang kelapa sawit, ladang getah, anak sungai, dan juga lereng bukit. Nak dijadikan cerita, semasa kumpulan penulis merentasi belukar, peh terserempak dengan cik Bi plak (babi hutan), ui memang besar, dan alhamdulillah masa itu cik Bi dah tersekat dalam perangkap tapi macam berjaya meloloskan dirinya..apa lagi lintang-pukang dibuatnya..kemudian kumpulan penulis diserang penyengat piring, habis basah kami dibuatnya kerana salah satu cara untuk mengelak darinya adalah dengan terjun ke dalam sungai..perjalanan sejauh 7 km memang memenatkan, dahla membawa bebanan bekalan, trek perjalanan plak curam..hampir kesemua peserta bermuka ‘mantel’..
Itulah nikmat sebenar bagi seorang outdoor, hutan dijadikan sahabat karib. Setelah ekspedisi navigasi sejauh 7 km berjaya ditamatkan, para peserta dibawa masuk ke bahagian hutan yang lain bagi menjalankan survivor @ ikhtiar hidup..peserta diberi kawasan dan membuat pos kawalan (head quarter) dan tempat berteduh..hmm, macam2 style ada, memang termasuk dalam Plan Pembinaan Apartmen gaya tempat berteduh itu. Kalau nak makan, haa, masak sendiri la, itupun diberi ransom kalau tak masak apa yang terdapat kat dalam hutan itula nampaknya..kemudian, peserta dibawa night-walking ke satu kawasan lapang dan diuji dengan pelbagai bunyian yang tidak mustahil boleh berlaku apabila kita berada didalam hutan..setelah habis, peserta disuruh tidur di kawasan lapang tadi..ui, yang paling kelako, ada jugak yang tertido, apa lagi KJ bagi ‘ubat pelali’.. haa, dia suruh rendamkan separuh badan ke dalam sungai..cuba ANDA bayangkan, angin pada jam 300 pagi bertiup terus pada badan yang basah separuh (uui, memang sejuk bro).
Dua hari sebelum tamat kursus peserta diperkenalkan dengan teknikal tali dan juga water rescue (kayak). Antara jenis ikatan yang diperkenalkan ialah Clove Hitch, Butterfly, Square Knot, Sheet Bend, Italian Hitch, Mantel Hitch, Thumb Knot, Bowline, Figure of Eight, ikatan prusic dll..ini bertujuan memudahkan kerja apabila membuat aktiviti yang menggunakan tali seperti flying-fox dan absealing..ada yang sampai terbelit badan kerana bersungguh2 mengikat tali kemudian peserta diajar cara meng-coil tali dengan betul..untuk makluman pembaca, tali dibahagikan kepada 3 jenis iaitu tali static, tali dynamic dan tali semi-static..pada sebelah petangnya, kami dibawa oleh KJ ke sebuah tasik yang flat water bagi membuat water rescue (kayak). Kayak dibahagikan kepada single dan juga double. Sebelum menjalani aktiviti, peserta diberitahu akan isyarat yang sepatutnya semasa berkayak..haa, bukan kat jalan raya je ada signboard, kat dalam air pun ada jugak..sebelum diteruskan peserta disuruh membuat water confident dalam beberapa minit dengan menggunakan B.A @ Life Jacket..setelah selesai, peserta diberi peluang berkayak dan menterbalikkan kayak (rescue) kemudian mengangkat kayak didalam air dalam keadaan terbalik..haa, macam mana tu, sama2 lah pembaca fikir ea..
Pada hari terakhir, peserta diuji dengan satu ujian bertulis (cam exam plak) bagi melihat tahap kefahaman seorang jurulatih atas semua aktiviti yang dijalankan selama satu minggu itu..untuk makluman pembaca, kami selalu didenda lari padang atas kesilapan ahli, penghulu yang kena tanggung kemudian disebabkan kasihan kepada penghulu, semua ahli turut dihukum..haa, bukan senang nak jadi pemimpin ni..asyik kena marah je..tapi yang paling best, mulut penghulu sentiasa menyebut, “dalam kiraan 10, semua dah ada dalam dewan”, dan “dalam masa 2 minit, saya nak kamu semua hilang dari pandangan KJ”..haa, sebelum terlupa, perkataan, “baik, Cik”, “faham, Cik”, “boleh, Cik” sentiasa disebut..akhirkata, penulis dapat merasai satu pengalaman baru sebagai Jurulatih Rekreasi Luar Tahap II dan menjadi seorang budak outdoor (budak mantel) semasa cuti semester..disini penulis memperlihatkan beberapa teman seperjuangan sepanjang kursus tersebut..

0 comments:
Post a Comment