Sep 18, 2009

"Convocation 2009 Yarmouk Students"

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan izinnya dapat lagi penulis bersua bersama pembaca diruangan posting yang x seberapa ini..kali ini bukan entry mengenai pengalaman tetapi satu peristiwa yang biasa bagi seorang mahasiswa seperti penulis..

Cerita die macam nie..pada petang jumaat, penulis bersama-sama teman yang lain baru je pulang dari BTN di Kem Kuala Lipis dengan menaiki bus IKIP yang baru Ivory 2 (bus Pak Wan), kemudian sampai la di IKIP 5 pada pukul 0700 malam dan bergegas untuk mengambil bagasi dan blazer..mase tu, Kak Syam dengan Sir Bahrin je yang ada, so dieorang tolong setlekan urusan pengagihan tu..kemudian Kak Syam pun cakaplah; “awak budak2 YP, nanti pakai blazer nie ea pada 27hb nie untuk Majlis Konvokesyen Pelajar IKIP-Yarmouk di Kompleks YP”..haa, xke kesian kat budak2 persendirian..dahla malam tu xtau nak tido mane..pastu Alan dan member lain cakap; “aku memang xleh datang, bayang ar tiket aku berapa, takkan aku nak ulang-alik, peh rugi ar camtu”..pastu penulis senyum je maksudnye faham sangat..so xpe la kalau macam tu..seperti sedia kala, penulis (rois) dan asst. penulis menyebarkan tentatif kepada semua anak buah..juga dibantu oleh Hamdi (pedo) sebab Kak Syam de helo die tentang tentatif hari tu nanti..

Penulis menarik nafas lega sebab semua informasi dapat disebarkan tetapi TIME LAST MINUTE, peh memang sakit arr sikit..pada 27hb, penulis ialah orang terakhir sampai Dewan Kompleks YP maklumla orang dekat katakan tetapi segan jugak, ye arr suruh anak buah datang awal, last2 kite jugak yang lewat sikit..untuk makluman pembaca, hari konvokesyen nie WAJIB bagi pelajar tajaan YP dan TIDAK WAJIB bagi pelajar persendirian..bukan pe, penulis kesian dengan Hakim (pelajar persendirian), dia datang hari itu tetapi macam dipinggirkan, so xelok mata memandang..isk2 sedihnye..sementara tunggu kehadiran MB ke Dewan, semua pelajar sem 4 telah mendapat transkrip bagi semester keseluruhan, so bleh tau la subjek mana yang menonjol dalam result tu..hehehe kemudian kami buatla raptai sikit kat bahagian tepi dewan, ada pelajar yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama teman2nya begitu juga dengan penulis..posing dalam kamera..yang penting SEMUA PELAJAR Yarmouk nampak kemas & segak dalam pakaian blazer..whoaaa..tepat jam ditangan penulis pukul 0500 petang kami semua dipanggil ke bilik mesyuarat MB..laa, rupanya buat kat situ acara penyampaiannya..xpe lah yang penting BEREH..untuk makluman lagi, selain budak Yarmouk ada juga budak KIBA yang baru je tamat kursus di Cherating..so kirenya konvo sekali..
penulis bersama teman-teman.jpg

So semasa acara penyampaian berlaku, pelajar KIBA tajaan YP didahulukan kemudian ada 2 orang pelajar KIBA terbaik (lelaki-Syed dan perempuan-Husna)..diikuti dengan pelajar sem 4 Yarmouk..bermula dengan penulis (sebenarnya kalau diikutkan penulis orang yang ke-28-last sekali la tu- menerima sijil tetapi lecturer suruh jadi ORANG FIRST sekali) hehe datang lewat bleh jadi orang pertama..kemudian baru diikuti dengan pelajar KIBA tajaan MARA..penat jugak menunggu turn tu (kena berbaris laa)..haa, nak dijadikan cerita, disamping penyampaian sijil, ada jugak penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang, so pelajar diberi sijil dan sebuah kamus Mawrid..untuk course Ijazah Sarjana Muda Syari’ah Kepujian (Ekonomi dan Perbankan Islam) Program Berkembar 2+2 IKIP-Yarmouk, anugerah tersebut disandang oleh Muhammad Abdellah Bin Mohd Sarif @ penulis blog ini..alhamdulillah..(errr, sebenarnya penulis berada di ranking ke-3 bagi pointer Yarmouk selepas Muhammad Amin Bin Khidzir – first, Syahnazrin Bin Hashim – second) so anugerah tu untuk pointer kat IKIP je dan memang penulis Ranking first.. namun ingin penulis TEKANKAN disini bahawa penulis tidak akan berjaya (selain usaha sendiri) tanpa SOKONGAN TEMAN SEPERJUANGAN yang lain, so anugerah itu wakil kepada semua pelajar sem 4 Yarmouk..SEMUA CEMERLANG, TAHNIAH!!! Dengan berakhirnya penyampaian sijil tersebut, kami turun ke dewan untuk sesi fotografi bersama krew akhbar Metro-Utusan-Berita Harian dan juga untuk mendengar taklimat penerbangan..kemudian kami ada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama imam dari Mesir..dalam lingkungan pukul 1000 malam, majlis bersurai dan semua pelajar kembali ke hostel masing-masing dan ada yang pulang terus (memang awal) dan ada yang tumpang menginap di hostel SPS..(laa, ingatkan kembali ke Rahmatullah td..hehe).. tetapi harus diingatkan SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MELALUI MATI..

Sekian sahaja entry untuk ruangan kali ini..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails