Sep 26, 2009

"Training Again..??"

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pembaca yang setia..Alhamdulillah, penulis diberi lagi nikmat kesenangan oleh-Nya untuk berkongsi satu lagi pengalaman yang berbeza di ruangan posting kali ini..

Untuk makluman pembaca, pengalaman ini berlaku semasa di bulan ramadhan..tatkala penulis membuka hpnya, ada laa seorang sahabat nie hantar mesej nak minta tolong sikit kat penulis..kemudian penulis setuju je la kan..haa, nak tau tak apa die..??? Macam biasa, penulis sekali lagi dijemput oleh pihak IKBN untuk menjadi fasilitator bagi pelajar kursus MJB-KGA-KMSC dll..ehmm, macam seronok je bunyinye sebab boleh berkongsi terutamanya dengan adik kesayangan penulis iaitu soleha..kali ini seramai 74 orang pelajar dipilih untuk menjayakan satu program Citra Ibadah-Cintai Al-Quran II dan kursus tersebut diadakan di Chalet Sg. Impian berhampiran je dengan IKBN..(lebih kurang jarak Kolej IKIP ke KIPSAS..hehehe)

Disamping itu, penulis juga agak terkenal juga di IKBN..buktinya pada hari pertama penulis bersama peserta di IKBN, ada sebahagian pelajar tegur dan kami berborak sebentar..maklumla dah jadi orang favaourite IKBN plak..pada petang jumaat kami bertolak ke Sg. Impian dan dijangka sampai sebelum waktu berbuka puasa..tempatnya agak menarik dan suasana memang sesuai untuk aktiviti budak outdoor macam penulis ini..hmm, rindu plak kat sahabat baik iaitu hutan..untuk makluman pembaca, konsep kursus hampir sama seperti di ILIM tetapi dibuat sedikit perubahan dalam modulnya..dan yang paling best, semua peserta adalah lelaki..bukan ape senang nak handle..seperti biasa penulis menjadi ketua fasilitator bagi kursus 3H 2M itu..haa, bukan mudah tau..sebab ape, confirm tak tidur malam kalau tidur pun time sahur..(terlelap bukan kehendak penulis..hehehe) Para peserta diuji serta diberitahu mengenai kepentingan menjaga Al-Quran didalam kehidupan, begitu juga dengan adab-adab yang berkaitan..seperti yang sedia maklum, Al-Quran lah satu-satunya mukjizat yang mempunyai metodologi bagi kita dalam memandu kehidupan kita dalam dunia yang serba moden ini..

Tetapi yang peliknya, bahasa command yang digunakan dalam kursus sama seperti command di dalam kawad..(baris-baris sedia-senang-senang diri-rehatkan diri-dll) argh, penat macam itu..tapi seronok dan peserta pun sporting je..selain itu, peserta juga didedahkan dengan maklumat hukum asas tajwid serta simbol2 yang boleh kita kenal apabila membaca Al-Quran..pada sebelah petang, peserta diberi kelonggaran untuk merasai sendiri kesejukan air sungai berhampiran..ada yang mengambil peluang untuk mandi dan sebagainya..perisian bagi kursus di bulan ramadhan agak berbeza sedikit berbanding kursus di bulan yang lain..secara keseluruhan peserta ada potensi untuk menjadi lebih baik sama ada dari segi akademik mahupum fardhu ‘ain..yang penting sekali, jemaah solat tetap dikekalkan semasa kursus..itulah aset paling penting bagi mana2 kursus..pada sebelah malamnya, seperti biasa, amalan yang selalu dibuat semasa bulan ramadhan ialah solat tarawih begitu juga solat sunat yang lain..(hehe..amalkan Sunnah Rasulullah S.A.W. dalam kehidupan seharian).

Walaupun ditempat yang terbuka dan luas pemandangan, penulis selaku KF mendapati bahawa peserta dapat menyesuaikan diri serta menjalani LDK dengan baik sekali..haa, sebelum terlupa penulis ingin berkongsi cerita semasa penulis mengejut peserta bangun untuk bersahur..pada asalnya, penghulu ditugaskan untuk membuat tugasan itu, namun apakan daya, budak-budak..cuba bayangkan, pada pukul 0415 pagi, peserta masih lagi tidak bangun dan tidak bersedia untuk bersahur..so, penulis la yang mengejutkan mereka tetapi gaya nak kejut orang tu sama seperti orang-orang berada di terminal bus (yang selalu menjerit; kl-kl-kl, kl sekarang-kl sekarang, segamat-segamat-segamat..) tapi penulis menjerit (sahur-sahur-sahur-sahur)..haa, macam gaya yang sama je..namun begitu, penulis agak terkilan dengan pengurusan Chalet Sg. Impian, bukan apa, ada ke patut pihak pengurusan cakap; err, kami akan tutup bekalan elektrik sekejap apabila kamu tidak menggunakan dewan..dahla nak buka semula bekalan elektrik tu lambat.. tetapi alhamdulillah sepanjang kursus tidak ada apa-apa yang berlaku..

Haa, hanya sekadar itu sahaja perkongsian cerita penulis bersama pembaca..haa, pembaca bila lagi nak berkongsi cerita dengan penulis..
group penulis.jpg

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails