Sep 18, 2009

"Last Ramadhan & Syawal In Malaysia"

Alhamdulillah, penulis masih lagi diberi kesempatan oleh-NYA untuk berkongsi sesuatu diruangan ini bersama pembaca di bulan Ramadhan; RAMADHAN KAREEM!! Selain itu, penulis menarik nafas lega kerana semua masalah sudah selesai akhirnya walaupun masih ada lagi baki masalah yang simple..disini penulis ingin apa yang berlaku semasa persiapan dilakukan sebelum fly pada 22hb nie..

Cerita bermula macam nie..tatkala penulis menyiapkan persiapan sendiri, sudah pasti pelajar lain pun melakukan perkara yang sama..ada yang tertanya-tanya benda apa yang perlu dibawa sebenarnya walaupun sudah mempunyai list yang ‘agak pelik’ nampaknya namun boleh la dijadikan panduan..sebelum itu, ada senior batch ke2 pulang ke Malaysia (mungkin terlebih wang saku) untuk urusan peribadi..setelah berbincang dengan semua anak buah, nampaknya masalah penempatan sudah selesai termasuk juga perabot dll.. masih berbaki seminggu untuk melakukan persiapan, dan penulis selaku rois, selalu la turun naik IKIP 5untuk berjumpa pihak pengurusan..so, memang banyak sangat mesej yang dihantar kepada anak buah bagi memaklumkan mereka mengenai informasi terbaru. Dalam pada itu, pasti ada yang membuat plan tersendiri..contohnya macam penulis bersama budak ex-ehsan yang lain, ada merancang untuk melawat sekolah buat kali terakhir sebelum meninggalkannya tak lama lagi..

Untuk makluman pembaca, sehari sebelum itu penulis bersama seorang rakan berjumpa dengan Pn. Nur Rehanazrin (staff Bank HSBC) bagi mencari solution kepada masalah duit belum refund lagi yang menimpa lebih kurang 6 orang anak buah..selepas dimarahi sambil bergelak ketawa, maklumlah dah jadi member plak dengan Pn. Rehan itu..so selepas data yang berkaitan diambil, insyaAllah masalah itu akan selesai..so untuk kes lawatan penulis ke sekolah memang jadi dan nampak gayanya pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan kami berlima (dell-jue-mcyah-wida-zati)..selepas berjumpa dengan hampir kesemua lecturer ehsan, kami pun pulang ke destinasi masing-masing..kemudian penulis merancang untuk membuat pertemuan kali terakhir bersama budak outdoor di Padang MPK bersamaan Majlis Berbuka Puasa Beramai-ramai..dihadiri kawan outdoor (dell-skunk-abe-zack-lala-wanie-achik-izzal-faris-wan)..so memang banyak perkara yang berlaku semasa seminggu yang terakhir ini..dalam pada itu, ada je mesej-mesej yang masuk untuk memberitahu maklumat terbaru penerbangan..

Sebelum penulis terlupa, masalah permohonan ASPA telah diluluskan..Alhamdulillah, dan semua duit telah di bank-in kan ke dalam akaun pemohon yang lain..ini pun rois dibantu oleh beberapa anak buah kuantan (jue-wida-zati) untuk mempercepatkan proses bank-in..TERIMA KASIH!! Haa, penulis ada cerita terbaru iaitu masalah pelajar private, dimaklumkan bahawa mereka perlu membayar tuntutan sebanyak RM2194 + RM30 kepada pihak IKIP atas urusan penerbangan..penulis selaku rois bersimpati dengan pelajar yang mempunyai masalah..ye arr, mereka dimaklumkan pada hari rabu dan hendak membayar pada hari jumaat..tak ke cuak bro!! So, ada yang memerlukan bantuan rois untuk kes-kes terpencil, so rois dengan senang hati menerimanya..yang PENTING penulis berharap agar anak buah (semua pelajar SEM4) gembira dengan komitmen yang rois berikan @ sampaikan sepanjang proses penerbangan ke Jordan..sekian sahaja coretan untu ruangan posting buat masa ini..

Akhir kata, penulis mengambil kesempatan ini, di bulan Ramadhan yang Mulia ini, dengan kemunculan bulan Syawal yang akan tiba, penulis selaku (KETUA BAGI PELAJAR SEMESTER 4 YARMOUK) ingin memohon seribu kemaafan [atas lisan yang tak terjaga-janji yang terabaikan-hati yang berprasangka-perbuatan @ kelakuan yang menyakitkan-komitmen service yang biasa] kepada semua pelajar Yarmouk, begitu juga warga Kolej Antarabangsa IKIP 5, dan warga Lebuhraya, tak lupa juga kepada warga Misr (budak medic dan budak lughah) serta semua yang mengenali penulis dengan ucapan; “Maafkan segala kekurangan-ku, andai masa mengizinkan nescaya ku akan perbaikinya dan penulis ingin mengucapkan SELAMAR BER-RAMADHAN & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULFITRI-MAAF ZAHIR & BATIN, insyaAllah kita akan bersua kembali di LAMPIRAN JORDAN”..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails