Jul 13, 2009

"Benarkah Reunion SMAI Form Five 2006???"

“Alhamdulillah”, penulis menarik nafas lega setelah menghabiskan kerja yang sepatutnya dihabiskan terlebih dahulu sebelum menulis di ruangan ini..hahaha. Pada kali ini, penulis ingin berkongsi sedikit cerita yang agak pendek tetapi HANYA khusus kepada BUDAK IHSAN je..kepada pembaca lain TETAP boleh membacanya tetapi dikhuatiri akan bosan je..maklumlah bukan sekolah yang sama.. “Argh, nak jadi ape penulis ini, selalu je assobiyyah”, sampuk budak sekolah lain (budak wosto, khairiyah, smih, smataf, pdg tengku, maahad muhammadi lil banin etc)..

Sebenarnya plan reunion telah dirancang dengan rapi akan tetapi disebabkan masalah (telah ditaqdirkan) yang menimpa ke atas perancang program, so, plan B dibuat secara ad-hock (tanpa sokongan HEP, haha) menyebabkan ramai penyertaan telah dibatalkan atas sebab yang tidak relevan sama sekali (bagi sesetengah pihak sahaja) manakala sebahagian yang lain masih meneruskan dengan harapan boleh mewujudkan suatu kegembiraan (maklumlah dah lama tak jumpa member2 lama)..

Kemudian, hari yang ditunggu2 telah pun tiba, (sebenarnya budak2 Yarmouk dan juga budak2 universiti lain sedang mengalami revolusi semester baru).. Semua penyertaan kali ini boleh dikatakan dari universiti yang sangat2 berbeza.. faham2 sendiri je ea..tepat jam 1100 pagi, penulis bersama dengan teman yang lain berkumpul disuatu tempat yang dinamakan..? “tempatlah, takkan tak tau”, budak segamat mencelah..haha tetapi malangnya plan B juga gagal dan secara automatiknya dilancarkan plan C.. “ntah ape2 budak Ihsan ni”, penulis bermonolog sendirian..tetapi sebelum itu, penulis menghabiskan 10 minit lebih kurangla di food court sebagai port sarapan dhuha..(peliknya bunyi ea) Pada mulanya penulis terkejut gak, maklumlah hanya budak alfa 1 & 2 je yang datang, so nama program terus jadi Reunion Budak Kelas Sendiri..

penulis bersama teman.jpg

teman2 penulis yang lain.jpg

Tanpa melengahkan masa, (setelah bertukar medula oblongata) kami terus kepada aktiviti pertama iaitu bersiar2 di pesisiran Pantai Teluk Chempedak (tempat yang selalu dipenuhi oleh manusia biasa)..sambil bersiar2, teman2 dan penulis sibuk menceritakan hal masing2, dan berfoto sesama sendiri..ish2.. Selama 50 minit (anggaran sahaja), kami menghabiskan masa bersama2 termasuklah makan lunch, solat zohor, dan kendiri..(macam tentatif seminar plak, hahaha) Kemudian kami terus kepada aktiviti kedua iaitu bermain bowling, disebabkan dikunjungi oleh ramai manusia (tidak mengira umur) di Megamall Kuantan, so kamiiiii, dapat tengok bola je yang bergerak..huhu kesian sangat dahla jatuh kemudian dihempap member plak, konpem tak bangun.. Tidak lama kemudian, snaps di saraf neuron mencetuskan sedikit komenla, “kalau nak buat reunion lepas ini, pastikan konpem betul2 dengan semua persiapannya termasuk penyertaan dan perjalanan program, barulah tak jadi blur macam orang yang tiada M.B.O”, penulis melafazkan (hanya melafazkan sahaja bukan ber’niat’ ea) ideanya kepada teman yang lain..semua teman menunjukkan tanda setuju atas idea tersebut..kemudian kami menuju ke kereta masing2 untuk pulang ke pangkuan rumah yang ditinggalkan sejak daripada pagi lagi..

Tidak lama kemudian, bersegeralah mereka ke destinasi masing2 dengan selamat..penulis pulang ke IKIP 5 dan telah menjadi calon terakhir untuk meninggalkan hostel kesayangan..hahaha Malam yang ceria dengan sinaran bulan dan awan yang memayungi setiap inci jalan tar, mengucapkan selamat jalan kepada penulis dengan harapan akan kembali semula..

Sekian..

1 comments:

musafirilmu said...

nasib bek xpegi..kalau xsorang je bdk ak..xke tersipu2..huh

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails