Jul 2, 2009

"Scholarship Monitoring Job"

Assalamualaikum w.b.t & Peace be upon you..
Alhamdulillah, akhirnya penulis diberi kesempatan untuk mengisi kekosongan di ruangan posting kali ini..Setelah buzy dalam beberapa hari, minggu ini penulis berlapang dada dan juga fikiran..yeah, hidup keseorangan tanpa IKIP disisi (walaupun hampir setiap hari melawat IKIP disebabkan urusan yang tidak selesai)..jadi, cukuplah celoteh penulis pada ruangan kali ini..
Merujuk perkara di atas, saya penulis blog ini ingin menyatakan sesuatu yang tidak kurang pentingnya bagi semua pemegang shareholder generasi ke-3..Baru-baru ini, Kuantan Group telah memulakan satu journey to the institutions di sekitar bandar kuantan..Terdiri daripada beberapa orang pelajar termasuk penulis sendiri (kena turun padang jugak) dan tiada guru pengiring ea, maklumlah masih kecil lagi, so tak perlu sangat semua tu..Alhamdulillah semua institusi telah memberi kerjasama yang baik sepanjang kunjungan kami ke sana..ok, tujuan journey ini dilakukan adalah untuk mengisi masa lapang kiteorang (maklumlah tengah best cuti), kemudian untuk menampung belanjawan yang masih tertunggak untuk Tahun 3 di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan..Begitulah halatuju pelajar persendirian seramai 28 orang dan 5 orang pelajar tajaan Yayasan Pahang..(sebenarnya maklumat tu salah dan terbalik)..hahaha..antara kesalahan yang disengajakan..okay, kembali kepada perbincangan asal, journey tu selama 2 hari tetapi malang dan sedihnya, journey ke-2 HANYA 3 orang SAHAJA yang sanggup meneruskan perjalanan, manakala yang lain, hmmmm faham2 sendiri la erk..jangan fikir negatif plak ea, 3 orang tu termasuklah penulis dan 2 orang member lama..
Tidak lama kemudian, eh..macam cerita plak..Temerloh Group telah pun mendatangi ke sekitar kuantan..ntah buat ape tau..Ooo, mungkin nak bayar dhoribah rusum kat MPK (Kerajaan Tempatan)..Journey mereka (Temerloh Group) hampir sama dengan group yang pertama.. Maklumlah, satu kelas-satu batch-satu course-satu program director-satu jadual exam..haa, semua satu..memang group yang bagus!!!!! Group ke-2 ini, terdiri daripada 6 orang sahaja (xseramai group first) dan dimaklumkan telah sampai sekitar jam 11.00 pagi dan kembali ke homestay masing2 dengan penerbangan jam 16.oo petang..sekian sahaja..
Merujuk perkara diatas juga, penulis difahamkan bahawa group telah diseparatekan mengikut kawasan dan terdiri daripada 8 kawasan seperti kuantan-temerloh-rompin-jengka-KL-raub-jerantut..(macam labels kat cermin bas Plusliner je), hahaha..jadi sebarang makluman @ tindakan dari group terbabit, hendaklah diinformkan (sekadar nak tau je)..
Merujuk perkara lain, penulis difahamkan bahawa sebahagian pemegang shareholder telah menerima surat daripada Bank HSBC mengenai masalah takaful (sebenarnya bukan masalah pun tetapi buat2 masalah plak)..menurut surat itu, masalah tersebut telah mencapai solutionnya so, penulis berharap agar semua pemegang shareholder dapat meng-updatekan account HSBC Amanah supaya amount adalah sama seperti yang dijanjikan..segala masalah yang berkaitan dengan Bank HSBC boleh berhubung dengan Pn. Nur Rehanazrin (nak tau bukak Yellow Pages).. sekadar gelak2 je ea..Alhamdulillah, semuanya sudah termeterai dengan baik..Berkenaan kes2 yang berlaku semasa withdraws money di Bank HSBC Jordan, penulis akan mendapatkan maklum balas daripada Pn. Rehan sendiri (apabila berkesempatan)..
Merujuk perkara utama, disini penulis ada menyelitkan sisipan budget bagi Mahasiswa Malaysia yang akan melanjutkan pengajian ke Bumi Jordan (xkisah la kat kawasan mane2 pun) tiada pengkhususan..so, objektif journey beberapa group telah dicapai la kan..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mantiqah : Amman
Kos sara hidup : rumah sewa = JD 130 – 200 sebulan
Keseluruhan : JD 100- 150 sebulan
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Universiti Jordan
I jam kredit : JD 50
Yuran jamiah : JD 375 sefasal
-------------------------------------------------------------------------------------------------
World Islamic Science & Education University (WISE)
1 jam kredit : JD 40
Yuran jamiah : JD 215 sefasal
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mantiqah : Irbid
Kos sara hidup : JD 65 sebuah bilik
JD 110-300 sebuah rumah sewa
Keseluruhan : 70-200 sebulan
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Universiti Yarmouk
1 jam kredit =JD16
Yuran jamiah : Sem biasa = JD 35
Soifi ( short sem) = JD 17.5
Markaz lughah : JD 700
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mantiqah : Mafraq
Kos sara hidup :
a) Sakan jamiah (hostel) : JD 30 sebulan seorang
: JD 10 internet 1 fasal
b) Rumah sewa : JD 70-150 sebulan
Keseluruhan : Jd 70-80 sebulan
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jamiah al al-Bayt
1 jam kredit = JD10
Yuran jamiah JD129 kali pertama, seterusnya JD29 setiap sem
Markaz Lughah = JD 300 sefasal
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mantiqah : Mu’tah
Kos sara hidup : rumah sewa : JD 70-120
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Universiti Mu’tah
1 jam kredit : JD 12
Yuran Jamiah : a) fasal awal dan thani : JD 50
b) fasal soifi (short sem) : JD 45
-------------------------------------------------------------------------------------------------
**perhatian kepada semua Mahasiswa, setelah mengetahui budget sebenar kehidupan di sana, pandai2lah untuk membiasakan diri ea..tidak lupa juga buat sahabat yang perlu mengambil repeat paper, standby, kami di pihak pengurusan selalu terbuka untuk membantu anda..
Sebarang pertanyaan boleh dibuat di kaunter pertanyaan di sekitar kawasan anda dan boleh di comments di website : http://www.mppmjordan.com/ (mungkin masih dalam proses pengubahsuaian, sebab tu xdapat dipaparkan windownya)..HARAP MAKLUM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails