Oct 21, 2009

"Be a High-Rope Trainer..??"

Alhamdulillah, penulis masih lagi diberi peluang, diberi kesempatan, diberi masa oleh-NYA untuk menulis artikel bagi mengisi ruangan posting kat blog ini..yang lain tidak bukan hanyalah pengalaman penulis SAHAJA..

Setelah tamat menjalani Kursus Jurulatih Rekreasi Luar Tahap II, penulis diberi tawaran oleh KJ dari PJRM untuk mengikuti satu lagi Kursus High Rope (Teknikal Tali Tinggi dan Tali Rendah) Tahap I bagi peringkat Zon Timur yang diadakan di Tasik Kenyir, Terengganu. Kursus itu dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama PJRM..kursus berjalan selama 3 hari sahaja..Tanpa berfikir panjang, penulis terima je tawaran itu..rupanya, tak sia-sia penulis pergi, memang banyak input yang diberikan kepada peserta..untuk makluman para peserta yang menyertai kursus tersebut terdiri daripada jurulatih2 dari 3 buah negeri (Pahang-Terengganu-Kelantan)..

Pada hari pertama, peh, memang memenatkan perjalanan dari Pahang ke Terengganu. Kami bertolak dari Kompleks Belia Pahang pada jam 900 pagi dan sampai ke destinasi pada jam 200 petang. Penyertaan dari kontijen Pahang seramai 7 orang, kontijen Terengganu 8 orang dan kontijen Kelantan 8 orang..pada mulanya hanya En. Sabri sahaja yang kami kenal kemudian baru dieratkan hubungan antara sesama peserta. Setelah semua peserta selamat sampai, barulah dimulakan slot yang pertama iaitu pengenalan kepada PJRM dan teknikal High Rope. Peserta juga berkongsi pengalaman sesama yang lain dalam menggunakan peralatan High Rope. Antaranya ialah ketahanan tali, kekuatan tali, dan juga perjalanan persatuan @ aktiviti resort masing2..untuk makluman, kursus ini antara kursus yang paling selesa iaitu jadual yang tak padat tapi tidur dalam khemah jugak..

Pada sebelah malam, para peserta diajar pelbagai ikatan dan untuk makluman pembaca bagi Level I, peserta WAJIB mengingat 12 jenis ikatan yang berbeza manakala bagi Level II, peserta WAJIB mengingat 30 jenis ikatan dan Level III, peserta WAJIB mengingat 3 jenis sistem teknikal keselamatan. Antara jenis ikatan ialah Thumb Knot, Figure of Eight (single-double loop-follow through-angle loop), Ladder Knot, Bowline, Clove Hitch, Square Knot, Sheet Bend, Tape Knot, Fisherman Bend (single-double), dll. Masing2 diberi seutas tali bagi mempraktikkan semua jenis ikatan dan perlu diingatkan semua jenis ikatan perlu SELALU dipraktikkan supaya tidak lupa..selepas tamat slot tersebut, ada la beberapa peserta (jurulatih) yang ajak pergi menangkap ikan air tawar di sekitar tempat kursus..hmm, bleh tahan hasil tangkapan pada pertama kalinya..paling lewat peserta tidur adalah pada jam 230 pagi, ntah apa yang dieorang buat ntah.

Pada keesokan harinya, para peserta dibawa menaiki bot laju ke pulau berhampiran bagi meneruskan slot yang seterusnya..agak lama jugak tempohnya (lame tunggu turn) sebelum sampai ke pulau tersebut. Apabila sampai, masing2 membawa peralatan yang berkaitan seperti satu gulung tali (tali dynamic-tali static), harness (full body harness-half harness-chest harness), peralatan teknikal (crab-helmet-juma-sling tape-figure of 8-glove-single pully-double pully-etc), air & makanan, dll..kami terpaksa mendaki sedikit sebelum sampai ke Flying Fox Tower..peh, memang penat dan sakit badan sikit..peserta diterang cara menggunakan semua peralatan yang dibawa bersama tadi termasuklah cara menjaga tali dan mengetahui sejarah sesuatu tali itu. Kemudian, haa, apa lagi time untuk praktikal plak..sebahagian peserta telah jemu main absealing so, tunggu kat bawah je, macam penulis dan beberapa peserta baru, main aktiviti itu berulang kali (hampir 3X bagi setiap peserta tapi tak puas-puas lagi) tapi tetap mengamalkan SAFETY..

Sebelum para peserta balik ke pangkalan, kami setlekan apa yang patut dan sempat bergambar bersama. Kesemua peserta selamat tiba di pangkalan pada jam 500 petang. Pada sebelah malam, sesi tayangan dan santai bersama peserta. Ada yang mempamerkan video yang dijalankan di resort masing2 dan ada juga yang membaca kerana esok akan diuji satu ujian bagi Kursus High Rope Tahap I ini..tapi yang paling best, malam tu penulis tertidur di atas lantai je selepas ulangkaji semula ikatan..memang sejuuuuuuuuuk bro..matahari pun menjenguk ke langit..tepat jam 900 pagi, bermulalah ujian ikatan secara bertulis dan praktikal..tempoh ujian adalah 2jam sahaja kemudian diteruskan dengan majlis penutup..lebih kurang jam 330 petang, squad kontijen Pahang bertolak pulang ke Kompleks Belia Pahang dengan menggunakan bot laju dan kenderaan yang disediakan..

Sekian sahaja sedikit pengalaman baru daripada penulis buat tatapan pembaca dan disini penulis ingin berkongsi beberapa gambar kenangan semasa kursus dijalankan..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails