Oct 23, 2009

"EXAM-FEVER-WEEK for MSCIY"

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah penulis menarik nafas lega..kerana masih diberi sedikit sahaja mase untuk memberi peringatan kepada semua teman seperjuangan..bukan ape, peperiksaan sudah hampir mendekati kita semua tatkala kita semua sibuk berprogram..disini, penulis ingin memohon maaf diatas semua-segala perbuatan yang tidak terjaga-terlanjur bahasa hingga mgkn boleh mencetuskan rasa ketidakpuasan hati pada teman-teman..oleh yang demikian, penulis ingin berkongsi dengan pembaca sedikit idea:

Tiga hal mutlak bagi seorang Mukmin, dalam segala keadaan, iaitu:

(1) harus menjaga perintah-perintah Allah,

(2) harus menghindar dari segala yang haram,

(3) harus redha dengan takdir Yang Maha Kuasa. Jadi seorang Mukmin, paling tidak, memiliki tiga hal ini. Bererti, ia harus memutuskan untuk ini, dan berbicara dengan diri sendiri tentang hal ini serta mengikat organ-organ tubuhnya dengan ini.

Sekian sahaja untuk ruangan posting kali ini..diharap semua teman seperjuangan berjaya mengharungi suka duka sepanjang minggu peperiksaan..

Oct 21, 2009

"Continue Session in IRBID City"

Alhamdulillah, penulis masih lagi diberi masa dan peluang untuk mencoretkan sesuatu di ruangan posting ini..seperti biasa, posting yang diupdate di blog ini adalah sekadar pengalaman yang begitu "senang"..senang??? Bukan pe, senang dipraktikkan..cukuplah sekadar menjadi seorang Jurulatih Rekreasi Luar kerana itu je peluang penulis sebelum turn over to Jordan untuk menyambung sesi pengajian disana..Seperti sedia kala, penulis selalu bermonolog dalaman dengan laptop, "kita boleh jadi apa yang kita nak"..yang penting usaha ke arah itu mestila positif dan berkarisma..

Laa, masih belajar ke??? Mestila, penulis ambil bidang pengajian: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Shari'ah Ekonomi danPerbankan Islam Program Berkembar 2+2 Kolej Antarabangsa IKIP dengan Universiti Yarmouk..artikel jurulatih tu sekadar mengimbau kenangan di Malaysia Yang Tercinta dan untuk makluman pembaca sahaja..Saban hari, penulis teringat akan soalan yang dituju tepat oleh "si dia", "taknak post artikel ilmiah ke??"..Insya-Allah, penulis pun memang ada hasrat sedemikian kerana "kita perlu berpijak pada bumi yang nyata"..(faham2 sendiri la ea)..Seperti yang anda semua ketahui, Jordan @ negara Timur Tengah ni memang banyak sangat ilmu & thaqofah yang bleh diambil buat pembaikan pulih pada diri sendiri..

Sekiranya diberi masa, penulis akan berkongsi pengalaman belajar di negara Timur Tengah khususnya di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan..Sekian sahaja coretan kali ini, sehingga bertemu kembali di lampiran baru..

"Be a High-Rope Trainer..??"

Alhamdulillah, penulis masih lagi diberi peluang, diberi kesempatan, diberi masa oleh-NYA untuk menulis artikel bagi mengisi ruangan posting kat blog ini..yang lain tidak bukan hanyalah pengalaman penulis SAHAJA..

Setelah tamat menjalani Kursus Jurulatih Rekreasi Luar Tahap II, penulis diberi tawaran oleh KJ dari PJRM untuk mengikuti satu lagi Kursus High Rope (Teknikal Tali Tinggi dan Tali Rendah) Tahap I bagi peringkat Zon Timur yang diadakan di Tasik Kenyir, Terengganu. Kursus itu dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama PJRM..kursus berjalan selama 3 hari sahaja..Tanpa berfikir panjang, penulis terima je tawaran itu..rupanya, tak sia-sia penulis pergi, memang banyak input yang diberikan kepada peserta..untuk makluman para peserta yang menyertai kursus tersebut terdiri daripada jurulatih2 dari 3 buah negeri (Pahang-Terengganu-Kelantan)..

Pada hari pertama, peh, memang memenatkan perjalanan dari Pahang ke Terengganu. Kami bertolak dari Kompleks Belia Pahang pada jam 900 pagi dan sampai ke destinasi pada jam 200 petang. Penyertaan dari kontijen Pahang seramai 7 orang, kontijen Terengganu 8 orang dan kontijen Kelantan 8 orang..pada mulanya hanya En. Sabri sahaja yang kami kenal kemudian baru dieratkan hubungan antara sesama peserta. Setelah semua peserta selamat sampai, barulah dimulakan slot yang pertama iaitu pengenalan kepada PJRM dan teknikal High Rope. Peserta juga berkongsi pengalaman sesama yang lain dalam menggunakan peralatan High Rope. Antaranya ialah ketahanan tali, kekuatan tali, dan juga perjalanan persatuan @ aktiviti resort masing2..untuk makluman, kursus ini antara kursus yang paling selesa iaitu jadual yang tak padat tapi tidur dalam khemah jugak..

Pada sebelah malam, para peserta diajar pelbagai ikatan dan untuk makluman pembaca bagi Level I, peserta WAJIB mengingat 12 jenis ikatan yang berbeza manakala bagi Level II, peserta WAJIB mengingat 30 jenis ikatan dan Level III, peserta WAJIB mengingat 3 jenis sistem teknikal keselamatan. Antara jenis ikatan ialah Thumb Knot, Figure of Eight (single-double loop-follow through-angle loop), Ladder Knot, Bowline, Clove Hitch, Square Knot, Sheet Bend, Tape Knot, Fisherman Bend (single-double), dll. Masing2 diberi seutas tali bagi mempraktikkan semua jenis ikatan dan perlu diingatkan semua jenis ikatan perlu SELALU dipraktikkan supaya tidak lupa..selepas tamat slot tersebut, ada la beberapa peserta (jurulatih) yang ajak pergi menangkap ikan air tawar di sekitar tempat kursus..hmm, bleh tahan hasil tangkapan pada pertama kalinya..paling lewat peserta tidur adalah pada jam 230 pagi, ntah apa yang dieorang buat ntah.

Pada keesokan harinya, para peserta dibawa menaiki bot laju ke pulau berhampiran bagi meneruskan slot yang seterusnya..agak lama jugak tempohnya (lame tunggu turn) sebelum sampai ke pulau tersebut. Apabila sampai, masing2 membawa peralatan yang berkaitan seperti satu gulung tali (tali dynamic-tali static), harness (full body harness-half harness-chest harness), peralatan teknikal (crab-helmet-juma-sling tape-figure of 8-glove-single pully-double pully-etc), air & makanan, dll..kami terpaksa mendaki sedikit sebelum sampai ke Flying Fox Tower..peh, memang penat dan sakit badan sikit..peserta diterang cara menggunakan semua peralatan yang dibawa bersama tadi termasuklah cara menjaga tali dan mengetahui sejarah sesuatu tali itu. Kemudian, haa, apa lagi time untuk praktikal plak..sebahagian peserta telah jemu main absealing so, tunggu kat bawah je, macam penulis dan beberapa peserta baru, main aktiviti itu berulang kali (hampir 3X bagi setiap peserta tapi tak puas-puas lagi) tapi tetap mengamalkan SAFETY..

Sebelum para peserta balik ke pangkalan, kami setlekan apa yang patut dan sempat bergambar bersama. Kesemua peserta selamat tiba di pangkalan pada jam 500 petang. Pada sebelah malam, sesi tayangan dan santai bersama peserta. Ada yang mempamerkan video yang dijalankan di resort masing2 dan ada juga yang membaca kerana esok akan diuji satu ujian bagi Kursus High Rope Tahap I ini..tapi yang paling best, malam tu penulis tertidur di atas lantai je selepas ulangkaji semula ikatan..memang sejuuuuuuuuuk bro..matahari pun menjenguk ke langit..tepat jam 900 pagi, bermulalah ujian ikatan secara bertulis dan praktikal..tempoh ujian adalah 2jam sahaja kemudian diteruskan dengan majlis penutup..lebih kurang jam 330 petang, squad kontijen Pahang bertolak pulang ke Kompleks Belia Pahang dengan menggunakan bot laju dan kenderaan yang disediakan..

Sekian sahaja sedikit pengalaman baru daripada penulis buat tatapan pembaca dan disini penulis ingin berkongsi beberapa gambar kenangan semasa kursus dijalankan..



"Jurulatih Outdoor Level II..??"

Alhamdulillah, penulis masih lagi diberi kesempatan oleh-NYA untuk meng-update blog ini dengan beberapa artikel yang akan diceritakan sebentar lagi..

Baru-baru ini, penulis telah menyertai satu Kursus Jurulatih Rekreasi Luar Tahap II (atas jemputan kak Wan juga).Kursus itu diadakan di Taman Pertanian (sebelah kampus penulis je) dan berlangsung selama satu minggu je..untuk pengetahuan pembaca, kursus ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM). So, bermulalah pengalaman baru dalam hidup penulis sebagai jurulatih muda Rekreasi Luar Tahap II..

Pada hari pertama, penulis antara peserta yang terlewat mendaftarkan nama, so agak kelam kabut gak dan dimaklumkan bahawa para peserta adalah dalam kalangan belia. Ada yang lepasan SPM hinggalah yang masih belajar (area2 penulis je). Peserta diberi taklimat kursus oleh En. Daud (KJ) bagi aktiviti yang akan dijalankan selama satu minggu itu..untuk makluman, selama satu minggu kami berkursus, kami dibekalkan 2 ransom yang terdiri daripada solid fuel, storve, paket makanan yang siap dan biskut..haa, sebiji macam tentera..macam biasa, adat kursus konpem tidor dalam khemah. Penulis masih lagi tidak kenal sesama peserta..hmm, bila agaknya beleh kenal ea..slot pertama diisi dengan ice-breaking..para peserta diberi peluang mempamerkan cara @ skills bercakap masing2 dihadapan KJ sebelum bermula slot itu, peserta diberikan barang amanah oleh En. Shukri (ui, memang bosan ar camtu, asal kursus je barang amanah)..

Setiap kursus pasti ada organisasi, so penulis dilantik sebagai Penghulu bagi kursus ini. Memang berat tanggungjawab yang diberikan (maklumla nak pimpin orang yang dah beso ni susah)..hari pertama kursus dah kena makan leteran KJ, ui nak muntah pun ada kemudian didera ringan (kena buat bendera dan reka lagu tema sendiri) sampai pukul 430 pagi..ada yang tidur atas lantai, atas meja (sambil duduk), dan selebihnya dalam khemah ar..Hari kedua pun muncul, penulis menjalani slot Malaysia Cergas. Peserta dibawa berjogging sekeliling taman, buat sprint test sekejap, pastu pum-pin 40 kali dalam masa 2 minit secara berpasangan kemudian dibalas dengan sit-up selama 40 kali juga dalam masa 2 minit. Sebagai penghabisan, Gayutan 10 terbaik disajikan kepada peserta..malangnya penulis bersama teman yang lain berhutang dengan KJ so, sebagai denda, asal nampak je KJ lalu turun 10 kali..haa, macam ini la selalu bagi setiap pagi hari2 kursus..

Dalam kursus ini, peserta didedahkan dengan pelbagai modul seperti First Responder Support (CPR & pertologan cemas), teori @ kraf perkhemahan, orienteering/ navigasi/ survivor, water rescue (kayak), trekking/ hiking, teknikal tali (flying-fox, absealing, repealing) dll. Dalam First Responder Support, peserta didedahkan dengan kepentingan membantu orang awam yang dalam kecemasan. So, semua yang dilakukan ada rules yang digariskan oleh jabatan yang terlibat. Jabatan Operasi Bomba Kuantan turut berkongsi pengalaman semasa modul ini dilakukan. Pada petangnya, peserta diperkenalkan dengan teori perkhemahan. Disini, peserta diuji sejauh mana tahap pengetahuan mengenai perkhemahan sebelum diterang dengan lebih lanjut oleh wakil dari PJRM sendiri mengenai perkhemahan yang sebenarnya..rupanya, perkhemahan pun ada persiapan yang rapi juga sebelum kita berkhemah..(ui, memang leceh tapi itu semua untuk safety masing2)..sepanjang kursus nilai murni 5K diterapkan ke dalam jiwa peserta iaitu keselamatan-keselamatan-keselamatan-keselamatan-keselamatan..


Sebelum peserta menjalankan aktiviti seterusnya, peserta diterangkan mengenai cara @ kaedah trekking/ hiking yang betul dan cara mempacking barang ke dalam harversack..ini akan memudahkan peserta semasa menjalani aktiviti lasak..Pada hari berikutnya, peserta diberi taklimat untuk slot orienteering/ navigasi/ survivor oleh wakil dari Askar Wataniah Kem Tentera Darat. Para peserta diajar cara membaca kompas yang pelbagai bentuk dan jenis, cara membaca peta, mengukur jarak, membaca bearing dan menggrid peta. Ini kerana latihan praktikal akan dilaksanakan bagi menguji daya ketahanan dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta. Kemudian peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil bagi melaksanakan aktiviti pandu arah sejauh 7 km ke dalam hutan. 3 kumpulan dilepaskan di 3 checkpoint yang berbeza dan akan bertemu semula bagi menjalani aktiviti survivor. Kumpulan penulis antara yang terawal sampai di checkpoint bagi 2 km yang pertama..perjalanan merentasi semua jenis halangan yang mendatang..ada paya, ladang kelapa sawit, ladang getah, anak sungai, dan juga lereng bukit. Nak dijadikan cerita, semasa kumpulan penulis merentasi belukar, peh terserempak dengan cik Bi plak (babi hutan), ui memang besar, dan alhamdulillah masa itu cik Bi dah tersekat dalam perangkap tapi macam berjaya meloloskan dirinya..apa lagi lintang-pukang dibuatnya..kemudian kumpulan penulis diserang penyengat piring, habis basah kami dibuatnya kerana salah satu cara untuk mengelak darinya adalah dengan terjun ke dalam sungai..perjalanan sejauh 7 km memang memenatkan, dahla membawa bebanan bekalan, trek perjalanan plak curam..hampir kesemua peserta bermuka ‘mantel’..

Itulah nikmat sebenar bagi seorang outdoor, hutan dijadikan sahabat karib. Setelah ekspedisi navigasi sejauh 7 km berjaya ditamatkan, para peserta dibawa masuk ke bahagian hutan yang lain bagi menjalankan survivor @ ikhtiar hidup..peserta diberi kawasan dan membuat pos kawalan (head quarter) dan tempat berteduh..hmm, macam2 style ada, memang termasuk dalam Plan Pembinaan Apartmen gaya tempat berteduh itu. Kalau nak makan, haa, masak sendiri la, itupun diberi ransom kalau tak masak apa yang terdapat kat dalam hutan itula nampaknya..kemudian, peserta dibawa night-walking ke satu kawasan lapang dan diuji dengan pelbagai bunyian yang tidak mustahil boleh berlaku apabila kita berada didalam hutan..setelah habis, peserta disuruh tidur di kawasan lapang tadi..ui, yang paling kelako, ada jugak yang tertido, apa lagi KJ bagi ‘ubat pelali’.. haa, dia suruh rendamkan separuh badan ke dalam sungai..cuba ANDA bayangkan, angin pada jam 300 pagi bertiup terus pada badan yang basah separuh (uui, memang sejuk bro). 

Dua hari sebelum tamat kursus peserta diperkenalkan dengan teknikal tali dan juga water rescue (kayak). Antara jenis ikatan yang diperkenalkan ialah Clove Hitch, Butterfly, Square Knot, Sheet Bend, Italian Hitch, Mantel Hitch, Thumb Knot, Bowline, Figure of Eight, ikatan prusic dll..ini bertujuan memudahkan kerja apabila membuat aktiviti yang menggunakan tali seperti flying-fox dan absealing..ada yang sampai terbelit badan kerana bersungguh2 mengikat tali kemudian peserta diajar cara meng-coil tali dengan betul..untuk makluman pembaca, tali dibahagikan kepada 3 jenis iaitu tali static, tali dynamic dan tali semi-static..pada sebelah petangnya, kami dibawa oleh KJ ke sebuah tasik yang flat water bagi membuat water rescue (kayak). Kayak dibahagikan kepada single dan juga double. Sebelum menjalani aktiviti, peserta diberitahu akan isyarat yang sepatutnya semasa berkayak..haa, bukan kat jalan raya je ada signboard, kat dalam air pun ada jugak..sebelum diteruskan peserta disuruh membuat water confident dalam beberapa minit dengan menggunakan B.A @ Life Jacket..setelah selesai, peserta diberi peluang berkayak dan menterbalikkan kayak (rescue) kemudian mengangkat kayak didalam air dalam keadaan terbalik..haa, macam mana tu, sama2 lah pembaca fikir ea..

Pada hari terakhir, peserta diuji dengan satu ujian bertulis (cam exam plak) bagi melihat tahap kefahaman seorang jurulatih atas semua aktiviti yang dijalankan selama satu minggu itu..untuk makluman pembaca, kami selalu didenda lari padang atas kesilapan ahli, penghulu yang kena tanggung kemudian disebabkan kasihan kepada penghulu, semua ahli turut dihukum..haa, bukan senang nak jadi pemimpin ni..asyik kena marah je..tapi yang paling best, mulut penghulu sentiasa menyebut, “dalam kiraan 10, semua dah ada dalam dewan”, dan “dalam masa 2 minit, saya nak kamu semua hilang dari pandangan KJ”..haa, sebelum terlupa, perkataan, “baik, Cik”, “faham, Cik”, “boleh, Cik” sentiasa disebut..akhirkata, penulis dapat merasai satu pengalaman baru sebagai Jurulatih Rekreasi Luar Tahap II dan menjadi seorang budak outdoor (budak mantel) semasa cuti semester..disini penulis memperlihatkan beberapa teman seperjuangan sepanjang kursus tersebut..


"Last Training..??"-"YEAH!!!"

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya dan limpah kurnia-Nya dapat lagi penulis meluangkan sedikit masa dalam ruangan ini untuk berkongsi bersama dengan pembaca satu pengalaman yang biasa berlaku bagi penulis.

Baru-baru ini, penulis sekali lagi dijemput oleh pihak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua untuk menjadi fasilitator bagi satu program yang dirancang rapi oleh pihak IKBN sendiri iaitu Program Citra Ibadah-Generasi Al-Quran. Kali ini program ini dibuat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berlokasi di Bangi, Selangor Darul Ehsan. Penyertaan dibuka terhad kepada penuntut senior IKBN iaitu seramai 200 orang peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan..ish2 memang ramai..tetapi penulis ada terbaca didalam satu artikel, dimana moderator program berkata, “saya tidak akan membuat apa-apa program yang melibatkan penyertaan lebih daripada 100 orang peserta..haa, tau tak kenapa?? Tanyalah sendiri moderator tu..hahaha

Penulis bersama 4 sahabat kuantan yang lain tiba agak lewat di ILIM kerana mengambil tiket bas pada pukul 0130 petang hari jumaat..uuii, time yang paling memenatkan..bus S.P.Bumi perjalanan (Kuantan-Kajang)..perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam kerana penulis sampai di Perhentian Bas Kajang lebih kurang pukul 0630 petang..akhirnya penulis menarik nafas lega..alhamdulillah, sampai jugak akhirnya.. sepanjang perjalanan agak membosankan..pada awalnya memang pelik la kan, ye arr datang tempat orang tapi yang paling best penulis jumpa member lama ex-ihsan, Noraniza Bt. Abd Kadir (niza).. die budak kimia kat UKM Bangi tapi tak sempat nak berbual panjang sebab penulis dah counting dengan pihak ILIM-IKBN akan sampai sebelum maghrib kat sana..hari pertama sampai, budak2 pandang lain macam je kat kiteorang tapi xpelah, biasa arr camtu..



Slot pertama dihandle oleh pihak ILIM sendiri, so kami fasilitator IKBN tengok je la.. kemudian kami diminta untuk mempamerkan i/c..(eh, silap bukan i/c, macam kena tahan plak) memperkenalkan diri masing2 tetapi nampak gayanya orang yang belajar di Universiti Al-Azhar lebih dikenali..(peserta membunyikan: whoaaaaa) berbanding kami di Universiti Yarmouk tapi xpelah..hal kecik je semua tu..untuk makluman pembaca, kami di IKBN dibantu oleh fasilitator dari ILIM sendiri akan tetapi lewat untuk menonjolkan diri..(sebab ada program)..so yang menghadirkan diri pada masa tu..(ustaz zul-ustaz saifullah-ustaz hamdi)..rupanya ILIM adalah satu kawasan yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan..bagi slot seterusnya iaitu slot LDK, kami yang perlu meng-handlenya..sebelum tu, semua plan perjalanan LDK, kami yang tentukan dan dibantu oleh pihak ILIM..(adala sikit-sikit tak banyak pun)..(haha, teruk betul penulis ea)..kemudian penulis selaku wakil fasilitator IKBN telah dimaklumkan petang sabtu bahawa telah berlaku satu kes pada jumaat malam di kawasan dorm peserta..maklumla kita boleh menganggap bahawa peserta baru je lepas keluar dari penjara @ pusat tahanan..penjara yang dimaksudkan ialah IKBN..(setelah penulis membuat survey dalam kalangan peserta)..

Haa, apa lagi petang tu jugak penulis membuat ra-call (pertemuan secara mengejut) di kawasan dorm, bukan untuk menegur tetapi memberitahu tentatif untuk malam nanti dan beberapa simbol yang berkaitan..(disamping untuk melepas geram kepada budak2 peserta..huh, puas hati)..lagipun healer tak disediakan so, kena menjerit sikit..setelah tamat LDK last sekali dalam pukul 0000 malam, macam biasa ada post-mortem bagi LDK hari itu dan untuk hari esoknya..kemudian dan-dan je ada rombakan bilik bagi peserta perempuan..(nak buat macam mane, budak degil, aduiii susah arr camni)..last-last penulis dengan urusetia lain masuk dorm pukul 0200 pagi..tapi tetap tak tidur jugak sebab ntahla xngantuk lagi kot..slot pagi ahad memang best kerana mendapat perhatian daripada peserta..(iaitu slot ujian pengukuhan)..sebenarnya peserta diuji dari segi pengenalan huruf hija’iyah (alif sampai ya’) kemudian hukum tajwid yang asas iaitu hukum lima beserta makhraj huruf dan simbol2 yang terdapat dalam mashaf Al-Quran.. salah satu hukuman bagi yang gagal menjawab soalan adalah dengan menyebut huruf hija’iyah..namun masih ada lagi yang gagal untuk menyebutnya..apatah lagi menulis..tak semua peserta ea, untuk makluman pembaca, ada je peserta yang sudah mendapat ijazah dari Syria dalam konteks pembacaan Al-Quran..so bagusla kalau macam tu, boleh menolong sahabat lain di IKBN..

Disini penulis bukan hendak mengaibkan mereka tetapi inilah kesilapan kita sebenarnya.. kita sibuk belajar hal2 dunia tetapi hal2 akhirat @ fardhu ain diabaikan..alhamdulillah hampir kesemua pandai menyebut dan membaca al-quran..penulis tidak sempat untuk bergambar bersama peserta keran mengejar masa sebenarnya..(tiket bus plusliner perjalanan Kl-Kuantan pada pukul 0230 petang)..uii, kerja giler oarng kata..jalan di stesen KTM di sekitar UKM Bangi dahla sesak pastu kena tunggu KTM plak..bila dah masuk dalam, ramai plak orang..so berdiri sampai ke stesen Bandar Tasik Selatan..then amik LRT ke Titiwangsa..huh, boleh la duduk tetapi jam di tangan meunjukkan pukul 0235 petang..sampai2, xsempat pintu LRT terbuka, masing2 (penulis dan 9 sahabat yang lain) bergegas ke Perhentian Pekeliling..aduiii, bus plak dah bla, memang patut pun jam dah pukul 0245 petang..so, tiket burn arr..kena beli tiket baru..so, kami naik bus Sutera perjalanan Kl-Kuantan pukul 0300 petang..alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi pukul 0700 malam..dan masing2 pulang ke hostel buat sementara waktu je..untuk makluman lagi, hari esoknya, penulis dan semua sahabat yang lain akan menjalani Birotatanegara (BTN) di Kem Bina Negara Kuala Lipis selama seminggu jeee..

hahaha camtu je la ending bagi artikel untuk ruangan kali ini..




Related Posts with Thumbnails