Nov 2, 2009

"HAPPY BIRTHDAY to MYSELF..?? WHAT!!"

Alhamdulillah, penulis menarik nafas lega kerana masih lagi diberi peluang untuk mengubah diri penulis seperti yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta iaitu Allah S.W.T...disini penulis taknak bercakap panjang kerana masa sangat dengki dengan penulis..huhuhu setiap hari kena berleter dengan masa (teman baikku)..

Merujuk perkara diatas, hehehe..macam wat surat je..Hari ini maka genaplah usia penulis dan penulis berumur 20 tahun..so, kalau diimbau kembali perkara-perkara yang telah penulis lakukan sepanjang usia penulis di atas muka bumi Allah..xdapat nak bayangkan..betapa ruginya penulis kerana melakukan perkara tersebut..betapa untungnya penulis kerana melakukan pekara tersebut..seperti hidup seorang pengguna Muslim, memang tidak akan lari daripada melakukan demand dan juga supply kepada perkara duniawi dan juga ukhrawi..so, penulis ingin mengajak anda semua termasuk diri penulis untuk sama bermuhasabah diri ketika ini dan membuat pelan bagi menempuh hari yang mendatang dalam pelbagai dugaan, rupa dan juga cuaca..kerana 'Hari Itu Pasti Tiba'..semakin hari, semakin usia kita hampir menemui 'Hari Itu'.. ehm, analogi yang menarik perhatian penulis..


Tanggungjawab sebagai hamba-NYA, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai teman, sebagai pemimpin dan sebagainya memang penulis tidak terdaya untuk membuat sesempurna dengan ajaran Allah S.W.T (Islam) dan juga sunnah Rasulullah S.A.W..tetapi penulis cuba sedaya upaya untuk mengikuti laluan yang sukar ini dengan sabar..Alhamdulillah..disini, penulis ingin memohon maaf buat diri ini yang selalu berkasar dengan sahabat yang sudah sedia memahami kelakuan penulis macam mane..kepada anak buah dibawah jagaan penulis, (Firdaus-Hakim-Abdellah-Azlan-Shah-Amin-Asrul-Syazwan-Ain-Mustafa-Hamdi) dan mahasiswi yang lain, penulis ingin memohon maaf atas kekurangan komitmen setelah tiba di Jordan ini dalam mempersiapkan urusan kalian..Buat sahabat di Malaysia (student UKM-student USM-student UMP-student IKIP-dll), penulis minta maaf atas perlakuan penulis kepada kalian, doakan kejayaan penulis disini..buat famili tercinta, insyaAllah penulis akan pulang dengan kejayaan yang diimpikan..(terima kasih kerana telefon untuk sambutan birthday penulis..hehehe )

sekian sahaja coretan yang simple untuk kali ini..sehingga berjumpa lagi di lampiran akan datang dengan pembaharuan yang jitu..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails