Assalamualaikum kepada semua pembaca ruangan post kali ini. Alhamdulillah, akhirnya penulis ada juga kesempatan untuk meng-postkan sesuatu setelah sekian lama menyepi akibat dilanda Taufan Final Exam 09 di bumi IKIP 5 (kampus induk pelajar SOIS)..
Setelah penat mengharungi cabaran final di permukaan dewan R1-R3, penulis telah mengambil inisiatif untuk memanfaatkan sisa hidupnya di Malaysia dengan baik sekali tetapi malangnya, rupanya masih ada lagi urusan yang tidak selesai lagi. “Argh, (keluh penulis dalam hatinya)..” Maklumlah, dah jadi ketua rombongan, macam itulah tugasnya, mesti ada je suara yang menyeru. “Dah siap ke Borang KPT dan Borang SSLN..”, “Surat pengesahan pelajar yang terbaru dah keluar belum..”, “Ha, tiket flight macam mana plak, dah counting dengan tuan PD ke..”. Alhamdulillah, lepas balik dari camping bersama budak2nya di Pantai Kerteh dan Air Terjun Menderau, semua urusan penulis dengan budak Boy selesai...Ok, cukuplah itu sebagai muqaddimah bagi ruangan post kali ini...
“Seharian yang Bermakna”..ha, itulah tema untuk ruangan kali ini yang dah keluar di hadapan pembaca..Sessi pertama, penulis bersama teman2 mendatangi ustaz favourite iaitu Ustaz Kamal al-Aqraby, semasa perjumpaan bersamanya di Cherating Bay Resort (CBR), beliau agak terkesima kira2 dalam 2 minit dengan kunjungan kami ke Pusat Rawatan Bahasa (KIBA) untuk berjumpa dengannya. Beliau berkata, “Terima kasih kerana sudi datang melawat saya kat sini, banat tidak datang sekali dengan kamu ke? (penulis terus memberi isyarat tidak)..saya minta maaf atas kesibukan saya kerana saya seakan2 mengambil alih tugas Program Director (tuan PD kita semua la, tapi untuk budak kiba YP je)..”. Beliau berpesan lagi, “Manfaatkan tempoh masa selama 2 tahun kat sana kemudian kamu mesti bercakap, kalau asyik diam je, jadi masalah pula nanti..”. Berkata lagi, “Insya-Allah jika diberi peluang, saya ingin sangat menghantar kamu ke Jordan, tapi saya akan menghantar kamu di airport..Biiznillah..”. Suasana yang terang dan tenang mengakhiri perjumpaan kami semua dengan sessi fotografi sebagai cebisan kenangan. Sebelum pulang, kami diberi peluang untuk berbicara sebentar dengan semua budak KIBA tajaan Yayasan Pahang lebih kurang dalam lima minit..
penulis bersama Ustaz Kamal.jpg
Perjumpaan kami diteruskan dengan beberapa langkah sahaja menuju ke ‘rumah sementara’ Ustazah Aida dan Ustazah Aina. Kami dibawa oleh tuan rumah ke Cafe Perindu. Alhamdulillah semuanya baik2 sahaja. Sebenarnya ustazah agak terkejut dengan kedatangan kami yang agak ramai iaitu seramai 7 orang sahaja. Beliau bertanya, “Ha,bagaimana dengan final, ok ke bagi semua paper..” (kami hanya mampu gelak je). Kemudian ustazah menceritakan pengalamannya semasa belajar. Beliau berkata, “Saya dulu mana ada lecturer nak bagi hint2 semasa final, awak semua kira beruntung ar sebab ambil course ini..”. Memandangkan ustazah hanya nak tunggu masa je, so beliau kurang bercakap just interrupt sikit2. Kemudian Ustazah Aina pun menceritakan pengalamannya kepada kami semasa beliau di Maghribi (Morocco). Beliau berkata, “Saya semasa di Maghribi dulu lagi syadid, jadual exam pun tiada, masuk2 kelas terus sahaja exam. Peh, siapa yang tak berdebarkan. Satu lagi, awak semua ini kena berlagak pandai sedikit dengan budak2 Arab. Caranya mudah sahaja, awak semua cari buku kat library kemudian hanya baca bahagian muqaddimah dan isi kandungan buku tersebut. So, boleh tahu serba sedikit tentang tajuk yang berkaitan. Ha, macam itulah kalau nak pandai, tapi kalau tak nak, ustazah tidak ambil peduli pun..”. (kami hanya mengangguk tanda setuju). Jam di tangan menunjukkan jam 1630 petang. Sebelum pulang, Ustazah Aida ada berpesan, “Awak semua apabila dah sampai kat sana, jaga ukhuwwah sesama antum, terutamanya banat. Lagi satu, kalau bergaduh biarlah sekejap sahaja sebab awak tiada sesiapa pun kat sana..”. Kami pun senyum sahaja (sambil gelak) Hahaha. Kami pun beredar dari situ.
penulis bersama teman.jpg
Perjalanan diteruskan ke kawasan yang digelar Tok Sira. Ha, tahu tak siapa?, of course la doktor favourite iaitu Dr. Majed. Kedatangan kami disambut baik oleh tiga orang bodyguard kediaman YAB Doktor iaitu Muhammad, Mukmin dan Romie. Mereka masih lagi kekal dengan gelagat yang ‘agak’ ganaz. Alhamdulillah, doktor bersama keluarga sihat2 semuanya. Semasa sessi perbualan, doktor ada berpesan, “First sekali, awak semua mesti settlekan perkara2 yang berkaitan dengan aqidah masing2, kemudian kalau boleh manfaatkan tempoh masa selama 2 tahun di sana dengan ‘lombong’ ilmu yang ada terutama zouq arab dan bahasa arab standard di sana..”. Beliau berkata lagi, “Awak semua akan masuk ke kuliyyah iqtisod iaitu kuliyyah yang agak sosial sedikit..”. hahaha faham2 sendiri la erk. Kemudian kami pula yang meminta pandangan doktor mengenai kitab2 yang ada di sana, mahal ke murah?. Rupa2nya, yang mahal ada dan begitulah juga yang murah, itu bergantung kepada tajuk kitab yang ingin dibeli. Doktor ada berkongsikan gaya kehidupannya di universiti Yarmouk ini. Caranya mudah sahaja, “Awak semua kena pandai setting jadual kuliyyah dengan baik sebab masih ada berbaki 70 jam kredit lagi yang perlu dihabiskan. Walaupun kamu sibuk dengan kuliyyah, tapi selepas habis waktu kuliyyah kalau boleh jangan pulang ke hostel terlebih dahulu, pergilah ke kuliyyah lain, contohnya kuliyyah adab, minta izin lecturer itu untuk mendengar pengajarannya di dalam kelas. Sambil mendengar, ambil uslub @ gaya bahasa dan style percakapan bahasa arab standard. Kalau boleh, pastikan kamu mendapat sesuatu yang baharu dalam satu hari tetapi mestilah setiap hari..”. Kemudian doktor berkata lagi,”kamu apabila tiba musim cuti semester, jangan duduk kat hostel sahaja @ pergi makan angin, buat satu group kecil dan pergilah ke negara luar Jordan untuk menuntut ilmu..”. Kata orang, ‘sambil berjalan, tapak kasut bergeser dengan permukaan tanah’. Macam itulah lebih kurang. Kemudian doktor sambung lagi, “Awak semua selepas habis waktu kuliyyah, kunjung2lah ke masjid universiti sebab mungkin ada halaqah2 ilmuyang dianjurkan oleh syeikh2 besar kat Jordan selepas itu, mahir pula dalam bidang tertentu. So, kalau kamu tidak pergi, rugilah..”. Doktor berkata lg.”...yang paling penting, jaga jemaahsolat kerana itu satu2nya cara untuk Muslimin & Musliamat berjaya dalam hidup..”. Kami hanya memandang antara satu sama lain dan memberikan isyarat ‘OK’ menandakan kami akan buat sepertimana yng disuruh. Kunjungan kami tidaklah sia2 kerana kami dihidangkan dengan teh yang dicampurkan dengan pudina @na’na’. Peh, gaya arab gua cakap same lu. Best giler!!! Jam di dinding tepat menunjukkan jam 1900 malam. Kami minta izin sebelum meningglkan kediaman rasmi YAB Doktor Majed dan perjumpaan kami diakhiri dengan sessi fotografi.
penulis bersama Dr.Majed.jpg
Justeru, penulis berharap agar satu anjakan paradigma akan dilakukan oleh teman2 penulis dalam cabaran menempuh dugaan ilmu yang berbahaya. Sekian sahaja coretan penulis untuk ruangan kali ini. Diharapkan supaya semua pembaca dapat mengambil manfaat daripada ruangan post kali ini.......