Alhamdulillah, penulis masih lagi diberi nikmat lapang dan juga sihat oleh-Nya..dengan rasa ingin memanfaatkan masa yang ada, penulis ingin berkongsi pengalaman baru..(padahal dah biasa)..Pada entry kali ni, penulis ingin menceritakan suasana di kem belia yang dikenali sebagai Institut Kemahiran Belia Negara-IKBN Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan..cerita bermula dengan...
Penulis mendapat offer untuk menjadi fasilitator bagi Program Citra Ibadah-Pesona Muslim di kem tersebut..padahal penulis baru je tamat kursus Jurulatih di Taman Pertanian dan di Tasik Kenyir..so tanpa berfikir panjang, penulis setuju je..dimaklumkan bahawa ada lebih kurang 7 orang fc yang sudi menyumbangkan tenaga untuk menjayakan program tersebut..antaranya: cik Hamiza-cik nadiha-cik nathirah-cik khairiah-cik juliyana-cik atikah roslan-cik hakim-cik alif syazwan-cik alif-cik hazim-cik fathi-dan penulis sendiri..
Program yang melibatkan lebih kurang 180 orang pelajar intake baru di IKBN Dusun Tua dan HANYA lelaki sahaja yang terlibat..kami barisan Fc telah menghadirkan diri sehari lebih awal untuk persediaan pada hari esok..program selama 3hari 2malam itu diadakan di Kompleks Rakan Muda Klang..Peh, memang luas dan boleh tahan jugak tempatnya, macam kat Kompleks Belia dan Sukan kat Pahang nie je..untuk makluman pembaca, penulis dilantik sebagai Ketua Fasilitator sepanjang program tersebut..pelbagai slot dan LDK telah dibuat bagi mencantikkan ingatan peserta semasa program dijalankan..Penulis juga telah mempelajari sesuatu yang baru, iaitu senaman Matahari yang tak semua program melakukan senaman tersebut..Amat menyedihkan bagi peserta yang agak malas dan tak dengar kata, haa...dieorang kena 'belasah' dengan En. Jamil dan En. Naim..(padan muka..hahahaha) sikit2 dengar perkataan 'exercise mula' pastu mula ar, peserta ada yang muntah, pening2 tapi semua masih ada semangat untuk meneruskan program..iskk kesian..
Sepanjang program, peserta diterapkan nilai2 murni Islam dan beberapa aspek ditekankan seperti praktikal solat, praktikal wudhu', dan juga bacaan dalam solat..secara average, peserta telah mencapai average total cost (ATC) yang ok iaitu point paling minimum dalam curve pencapaian individu..bagi penulis, mereka di IKBN telah dilatih supaya sentiasa berdisiplin, bayangkan, setiap hari mereka berkawad, berlari dalam track balapan dan sebagainya..intake baru kat sini, meliputi budak2 yang lahir area 1990-1991 tapi ade gak yang lahir area 1988..
Selepas tamat program, penulis bersama teman seperjuangan yang lain sempat meluangkan mase sehari di IKBN..hampir seluruh kawasan dilawati oleh kami..oopss, lupe plak..ahad malam penulis dan teman yang lain dibawa makan malam di Iceland Cafe..peh, tempat drastik dan selesa, bleh tahan..haa, ape lagi..budak2 nie order kaw punye sampai penuh meja termasuk penulis sendiri..hahaha Alhamdulillah, puas hati kenyang kami dibuatnya..tapi ade jugak yang x puas hati dengan kami..(Fc Banat la) gurau2 je ea..keesokan pagi baru penulis bersama teman yang lain meninjau di kawasan IKBN termasuk kolam air panas di Gate Utama..
Sekian sahaja, pengalaman penulis di IKBN Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan..disini penulis ingin berkongsi beberapa gambar kenangan di sana..
teman2 di kolam air panas kat depan.jpg
penulis di menara air panas.jpg
0 comments:
Post a Comment