KLBIF 2009 yang telah berlangsung selama satu minggu (bermula pada 17 April-26 April) itu telah menarik perhatian ramai individu yang terdiri daripada para pelajar, kakitangan kerajaan dan swasta serta orang ramai yang minat atau cinta akan ilmu mendatangi pesta tersebut. Jadi penulis mendapati bahawa ianya satu benda yang baik dan menguntungkan kepada semua pihak..Penulis bersama beberapa orang teman yang lain mula menjenguk ke KLIBF 2009 pada dua hari selepas pelancarannya..
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga..so, bila sebut pasal KLBIF ni, pasti minda teman-teman terbayang akan booth-booth yang terkenal seperti Galeri Ilmu, Jahabersa, Fajar Ulung, Telaga Biru, Telaga Budi..manakala booth pelajaran juga banyak seperti EastView Production, Sasbadi, Karangkraf, Utusan dll..ok cukuplah sampai di situ dulu untuk nama-nama booth..Kita juga berpeluang untuk berjumpa sendiri dengan beberapa penulis-penulis karya, contohnya: Faisal Tehrani, Ustaz Zahazan Mohamad dll..
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga..so, bila sebut pasal KLBIF ni, pasti minda teman-teman terbayang akan booth-booth yang terkenal seperti Galeri Ilmu, Jahabersa, Fajar Ulung, Telaga Biru, Telaga Budi..manakala booth pelajaran juga banyak seperti EastView Production, Sasbadi, Karangkraf, Utusan dll..ok cukuplah sampai di situ dulu untuk nama-nama booth..Kita juga berpeluang untuk berjumpa sendiri dengan beberapa penulis-penulis karya, contohnya: Faisal Tehrani, Ustaz Zahazan Mohamad dll..
Penulis bukan ingin berkongsi mengenai booth dan penulis TETAPI ingin menekankan terhadap ilmu yang diterbitkan menerusi penulisan dalam bentuk media cetak..Kalau kita lihat, ramai ulama-ulama dunia yang ilmunya telah dibukukan supaya senang@mudah dipelajari bagi orang yang menuntut ilmu..Contohnya: Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Syeikh Muhammad Bin Bazz, Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, Ibn Hazm Al-Andalusi, dll (yang penulis tidak ingat akan nama mereka).. Jadi persoalannya adalah, apakah peranan kita sebagai seorang yang pencinta ilmu??? Kalau nak dibandingkan ilmu kita dengan ilmu mereka, sangatlah berbeza kerana berbeza dari segi zaman ilmunya, dari segi kaedah penyampaian ilmu..jadi penulis mengambil pendekatan bahawa tugas kita sebagai seorang dai'e yang berilmu adalah untuk meneliti semua hasil ilmiah yang telah diterbitkan melalui beberapa pustaka yang terkenal dengan harapan dapat mendalami ilmu-ilmu mereka dengan lebih baik..untuk pengetahuan semua, ilmu mereka meliputi semua bidang yang merangkumi kehidupan kita seharian seperti bidang syariah, usul fiqh, ekonomi dan perbankan Islam, fiqh ibadat, muamalat dll..
Kita juga sebagai pencinta ilmu harus menepati dan mendisiplinkan diri dalam memilih buku-buku yang diterbitkan supaya tidak tersalah memilih bahan bacaan seperti memilih buku-buku yang mempunyai (footnote), ini bertujuan supaya kita tahu bahan yang dibuat sebagai penulisan itu diambil dari sumber mana (sahih ke, dhaif ke, maudu' ke...) so, kita telah diberikan akal fikiran yang baik, hendaklah memikirkan apa yang terbaik untuk diri kita sendiri dan orang di sekeliling kita..Apabila dah dapat ilmu yang dipelajari, pandai-pandailah untuk menyebarkannya kepada orang yang belum mengetahuinya keran telah menjadi haq mad'u untuk didatangi dan diajari oleh dai'e seperti kita..Disini penulis ingin menekankan sekali lagi bahawa JAUHILAH DARIPADA JENAYAH ILMU yang mana kita ketahui akan keburukannya..
Sebelum mengakhiri pena, penulis ingin berkongsi bersama teman-teman kenangan yang telah dicipta semasa KLIBF 2009 di PWTC..
teman penulis bersama Faisal Tehrani.jpg
teman penulis bersama Ustaz Zahazan.jpgpenulis semasa di KLBIF 2009.jpg
penulis bersama teman-teman dan Ustaz Fariz di KLIBF 2009.jpg
0 comments:
Post a Comment