Oct 21, 2009

"Last Training..??"-"YEAH!!!"

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya dan limpah kurnia-Nya dapat lagi penulis meluangkan sedikit masa dalam ruangan ini untuk berkongsi bersama dengan pembaca satu pengalaman yang biasa berlaku bagi penulis.

Baru-baru ini, penulis sekali lagi dijemput oleh pihak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua untuk menjadi fasilitator bagi satu program yang dirancang rapi oleh pihak IKBN sendiri iaitu Program Citra Ibadah-Generasi Al-Quran. Kali ini program ini dibuat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berlokasi di Bangi, Selangor Darul Ehsan. Penyertaan dibuka terhad kepada penuntut senior IKBN iaitu seramai 200 orang peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan..ish2 memang ramai..tetapi penulis ada terbaca didalam satu artikel, dimana moderator program berkata, “saya tidak akan membuat apa-apa program yang melibatkan penyertaan lebih daripada 100 orang peserta..haa, tau tak kenapa?? Tanyalah sendiri moderator tu..hahaha

Penulis bersama 4 sahabat kuantan yang lain tiba agak lewat di ILIM kerana mengambil tiket bas pada pukul 0130 petang hari jumaat..uuii, time yang paling memenatkan..bus S.P.Bumi perjalanan (Kuantan-Kajang)..perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam kerana penulis sampai di Perhentian Bas Kajang lebih kurang pukul 0630 petang..akhirnya penulis menarik nafas lega..alhamdulillah, sampai jugak akhirnya.. sepanjang perjalanan agak membosankan..pada awalnya memang pelik la kan, ye arr datang tempat orang tapi yang paling best penulis jumpa member lama ex-ihsan, Noraniza Bt. Abd Kadir (niza).. die budak kimia kat UKM Bangi tapi tak sempat nak berbual panjang sebab penulis dah counting dengan pihak ILIM-IKBN akan sampai sebelum maghrib kat sana..hari pertama sampai, budak2 pandang lain macam je kat kiteorang tapi xpelah, biasa arr camtu..



Slot pertama dihandle oleh pihak ILIM sendiri, so kami fasilitator IKBN tengok je la.. kemudian kami diminta untuk mempamerkan i/c..(eh, silap bukan i/c, macam kena tahan plak) memperkenalkan diri masing2 tetapi nampak gayanya orang yang belajar di Universiti Al-Azhar lebih dikenali..(peserta membunyikan: whoaaaaa) berbanding kami di Universiti Yarmouk tapi xpelah..hal kecik je semua tu..untuk makluman pembaca, kami di IKBN dibantu oleh fasilitator dari ILIM sendiri akan tetapi lewat untuk menonjolkan diri..(sebab ada program)..so yang menghadirkan diri pada masa tu..(ustaz zul-ustaz saifullah-ustaz hamdi)..rupanya ILIM adalah satu kawasan yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan..bagi slot seterusnya iaitu slot LDK, kami yang perlu meng-handlenya..sebelum tu, semua plan perjalanan LDK, kami yang tentukan dan dibantu oleh pihak ILIM..(adala sikit-sikit tak banyak pun)..(haha, teruk betul penulis ea)..kemudian penulis selaku wakil fasilitator IKBN telah dimaklumkan petang sabtu bahawa telah berlaku satu kes pada jumaat malam di kawasan dorm peserta..maklumla kita boleh menganggap bahawa peserta baru je lepas keluar dari penjara @ pusat tahanan..penjara yang dimaksudkan ialah IKBN..(setelah penulis membuat survey dalam kalangan peserta)..

Haa, apa lagi petang tu jugak penulis membuat ra-call (pertemuan secara mengejut) di kawasan dorm, bukan untuk menegur tetapi memberitahu tentatif untuk malam nanti dan beberapa simbol yang berkaitan..(disamping untuk melepas geram kepada budak2 peserta..huh, puas hati)..lagipun healer tak disediakan so, kena menjerit sikit..setelah tamat LDK last sekali dalam pukul 0000 malam, macam biasa ada post-mortem bagi LDK hari itu dan untuk hari esoknya..kemudian dan-dan je ada rombakan bilik bagi peserta perempuan..(nak buat macam mane, budak degil, aduiii susah arr camni)..last-last penulis dengan urusetia lain masuk dorm pukul 0200 pagi..tapi tetap tak tidur jugak sebab ntahla xngantuk lagi kot..slot pagi ahad memang best kerana mendapat perhatian daripada peserta..(iaitu slot ujian pengukuhan)..sebenarnya peserta diuji dari segi pengenalan huruf hija’iyah (alif sampai ya’) kemudian hukum tajwid yang asas iaitu hukum lima beserta makhraj huruf dan simbol2 yang terdapat dalam mashaf Al-Quran.. salah satu hukuman bagi yang gagal menjawab soalan adalah dengan menyebut huruf hija’iyah..namun masih ada lagi yang gagal untuk menyebutnya..apatah lagi menulis..tak semua peserta ea, untuk makluman pembaca, ada je peserta yang sudah mendapat ijazah dari Syria dalam konteks pembacaan Al-Quran..so bagusla kalau macam tu, boleh menolong sahabat lain di IKBN..

Disini penulis bukan hendak mengaibkan mereka tetapi inilah kesilapan kita sebenarnya.. kita sibuk belajar hal2 dunia tetapi hal2 akhirat @ fardhu ain diabaikan..alhamdulillah hampir kesemua pandai menyebut dan membaca al-quran..penulis tidak sempat untuk bergambar bersama peserta keran mengejar masa sebenarnya..(tiket bus plusliner perjalanan Kl-Kuantan pada pukul 0230 petang)..uii, kerja giler oarng kata..jalan di stesen KTM di sekitar UKM Bangi dahla sesak pastu kena tunggu KTM plak..bila dah masuk dalam, ramai plak orang..so berdiri sampai ke stesen Bandar Tasik Selatan..then amik LRT ke Titiwangsa..huh, boleh la duduk tetapi jam di tangan meunjukkan pukul 0235 petang..sampai2, xsempat pintu LRT terbuka, masing2 (penulis dan 9 sahabat yang lain) bergegas ke Perhentian Pekeliling..aduiii, bus plak dah bla, memang patut pun jam dah pukul 0245 petang..so, tiket burn arr..kena beli tiket baru..so, kami naik bus Sutera perjalanan Kl-Kuantan pukul 0300 petang..alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi pukul 0700 malam..dan masing2 pulang ke hostel buat sementara waktu je..untuk makluman lagi, hari esoknya, penulis dan semua sahabat yang lain akan menjalani Birotatanegara (BTN) di Kem Bina Negara Kuala Lipis selama seminggu jeee..

hahaha camtu je la ending bagi artikel untuk ruangan kali ini..




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails