Sep 10, 2012
"SIGN IN"
Mar 10, 2012
"LOOK FOR THE REAL ONE"
Have you ever make it after the first one?? That’s the question. He who’s everybody knows his name try to make some changes with the world but still in dilemma. What should he do for his next move?? Is it stay on the same track or else??
Scylla is moving by our hands. That’s the last word he heard before he got an operation by specialist monitoring by general. Since the scene that involve his brother and the Scylla, he tries to make some agreement with the general to make sure that exchange for his brother life and Scylla is true and really happened.
Sometimes he’d entered his own comfort zone by viewing the past. Is it does make a change?? He just wonders that he couldn’t be like he should be. The question is how long he wants to be like that?? Like what?? He asked again. Someone said that the past is history. Yes! It is history and never happened again in the future.
Anthony Robbins, the problem solver said, no problems every time he met his guest. Even he has a critical problem, he always like that. No problems! After he had a session with his guest, there is no problem anymore. See. He who’s everybody knows his name should be like this one until he met his own solution for his owns good.
The Baked Choice’s, brand for the flour that already known for the better cookies and etc. When we talk about food, we always find the best for a good taste. Isn’t it?? Why not, he decides the best way for his next move. Isn’t it??
Nov 15, 2011
"TROUBLE IN PARADISE"
Assalamualaikum w.b.t
My name is Michael Scofield and I’m fugitive. Three weeks ago, I was in prison, known as Fox River. I’m looking for someone guy name Lincoln Burrows; he’s my brother. I’m getting you out from here, said Michael. Are you have seen the blueprint, reply Lincoln. Better than that, get on my body. 17th days before the execution for my brother death, sit on electric chair. I should break him out from the prison. Eight convicts work together for the breaking out plan until the time remaining 24 hours from now, my brother schedule to die. The risks, the blueprint, the plan…
That was the beginning of the story. Now, what the real situation occurs in the real life. Is it just like before or there are changes for the future breaking out plan. My name is bla…bla…and I’m graduated from my educational sector and fly through the Labor Market. Three months ago, I was in my own state after I’d finished my Industry Practical in Jordan Islamic Bank (JIB) for a month. One month before, I’m looking for a job and future studies planning. I’ve applied for the new intake in INCEIF which September Intake and have short listed for the scholarship interview, in July. Unfortunately, the application was unsuccessful coz’ I’m still progressing on JIB at that particular time.
After had discussion with my friends, I’ve customize my schedule to make it suitable for the remaining period before I’m going home. I’ve tried to access the career chances through the Islamic Financial Institutions (IFIs) and still continuing until now. Perhaps there is my turn to involve in the industry. What can I say that, at the end of the studies, everyone make their own ways, make a choice, make a decision, make a path in the real world. We’ve two choices after graduated, either enter the Labor Market or become an Academic Researcher. It’s depends on their own compatibility to strive.
For the one that looking for experience and wanna make some disposable income, I suggest that they are entering the Labor Force and becoming one of the industry players. It doesn’t make a sense if you not involve in your own industry but the thing is try to grab something new from another sector. In the other side, you could be an Academic Researcher while you continuing in your future studies. For those that are contribute here, I would like to recommend all of you make sure about your destination either still on the same sector or moving out but still have a connection between of them.
Don’t make a conspiracy like the investors made it before, we’ve everything but need a little faith in our life. Like Michael said to his brother after the first breaking out plan failed; just have a little faith. We’ve our friends every time, every second, every minute, but in their own ways; sometime they are busy with their patient treatment, sometime they are busy with their financial product to analyze, sometime they are busy with their broker stocks, sometime and sometime until the end. But one thing that makes a sense between us is the prayer. That is making us remaining together until now. All praises to Allah.
Jul 26, 2011
"ABRUZZI IS THE TICKET"
Jun 19, 2011
"IT'S HIM"
"TONIGHT"
Jun 16, 2011
"PLAN ON SCHEDULE"
May 26, 2011
"RECRUITMENT"
May 23, 2011
"INFIRMARY"
May 16, 2011
"CONVICTS"
Mar 25, 2011
"ALL ABOUT WORD [new]"

Jul 10, 2010
" STUDIO IQTISOD a.k.a MAKMAL "

Entry kali ni biasa sahaja, sekadar menggamit kenangan yang memang dah lepas pun..hehe..ada orang tanye, dell, tak update blog ke?..lame dah menyepi blog kau ni..aku hanya mampu gelak je..maklumla, tak pandai sangat menulis ayat blogger nih..
Ada sekali tu, aku tanye la, macam mane nak menulis blog ni, dah lama tinggal sebab tu malas sangat nak update..then, member aku pun beritahu la..fuh! simple je jawapan dia; kau tulis sahaja apa yang kau nak tulis, then kau post kat blog..siap keje..
Itu sekadar pembuka bicara buat entry blog penulis buat kali ini.
Alhamdulillah, setelah berkurun lama sudah, blog ambe tak update dengan posting terbaru..nak kata sibuk, tidak juga..mungkin buat-buat ada kerja..last-last, memang dapat kerja..ha, serves your right!.. ok sudah bab membebel, then tajuk entry kali ini ialah studio iqtisod..ha, mau tak pelik tajuknya kan..itulah bilik ambe...al-kisah bermula...
En. Edifier, My Roommate
Sebelum ambe tinggal di Bayt Moslem, sebuah rumah sewa di Irbid ni, ambe tinggal di Blog Bangunan Abu Ain, yeah, satu rumah terdiri daripada 3 bilik, 1 bathroom, 1 ruang dapur, tiada ruang tamu..that’s my home..(maklumla, itu je yang mampu time tu)..ambe tinggal dengan 2 orang member lagi..tak perlu sebut nama la kan..hehe..sebab orang pun tahu ambe duduk dengan siapa..selang beberapa minggu, bilik ambe itu ditemani sahabat lama..tak perlu la nak cite die dah sampai mane..maklumla, banyak negara dah die duduk, termasuklah di bandar Irbid, Jordan..tidak lain tidak bukan, ambe perkenalkan, En. Edifier..
Die ni ada 3 orang anak buah..hampir setiap malam la, anak buah die nih, duk bercerita, duk menyanyi kat ambe, ambe pun dengar la..takkan nak tolak pulak kan..hehe..pada mulanya, cerita mereka tidak mendapat sambutan melainkan daripada ambe sahaja, then, de la plak tetamu tak diundang datang..ingatkan nak tumpang sekali dengar cerita, tapi tak..yang tidak boleh tahan tu, tetamu tu hanya menjenguk kepala sahaja, then cakap; cakap siang, pandang-pandang, cakap malam, perlahan-perlahan..hahaha..ambe ikut je, maklumla tak nak ganggu privacy orang kan..

Sebulan selepas kejadian itu, ambe exchange dekorasi bilik ambe dengan seorang broker nih..die pun cite la..bla..bla..bla..ok, ambe pun tukar dekorasi..kalau kt dinding tu, sepatutnya ada istilah ekonomi, nama pun Studio Iqtisod, tapi, ini tidak, ada gambar skull human anatomy, heart anatomy, periodic table etc..then, ada la beberapa words yang conteng-conteng kat walls, bukan pe, sebagai motivasi..hehe.. kemudian, pada suatu hari, lepas kelas, ambe de meeting dengan member yang lain, tengah malam nih, katanya nak bincang something pasal junior..ambe pun datang la..tengah rancak starting, ada la sorang nih, die boleh cakap; aku (member serumah..:P) dengan sorang lagi nak pindah sebab dah bosan dengan masalah yang berlaku, masalah tu, masalah ni..
Then ambe pun terkejut la kan..dah la tidak mintak persetujuan pun..then maen rembat je..ambe pun bunyi ar; dah aku, nak duk mane!..lepas 5 minit, settle masalah..simple je kan..hahaha..so, mungkin itu je la kot sisa hidup ambe kat rumah Abu Ain itu..
Bayt Moslem, My New Home
Selepas satu minggu, ambe pun pindah la kat Bayt Moslem, (exchange bilik dengan ahli rumah asal, pun masalah yang sama jugak..ambe tidak mahu bercakap panjang sebab benda yang sama je, kan bagus kalau boleh faktorkan je masalah tu..haha)..yang penting, ambe tak lupa kepada member ambe tu, si Edifier dan 3 orang anak buahnya..ambe ajak tinggal sekali..old-friend katakan..first time nampak bilik, macam “ always keep me in the dark”..haha, bukan nak mengata, tapi tu la..then, lifestyle ambe kembali normal seperti Perfect Competition Market..
Hari berganti hari, ambe renovate bilik ambe menjadi bilik, sekali pandang macam makmal, sebab ada signboard tu..hehe..just sebagai informan sahaja..ha, ambe nak cerita something la, roommate baru ambe nih semua sporting, mesra rakyat, excellent, Irbid Figure, player, dan sume-sume la..tak perlu nak cerita panjang, bak kata seorang tu; “ hey, benda boleh convert la bro..”..hahaha..
Sebenarnya, time ambe masuk rumah baru nih, time exam final kalau tak silap..so, bile time study, kite study, bile time bedtimes story, kite pun layan la...yang paling best, ambe tidak layan sendirian, ada member support tu, dialah Faizal a.k.a Amin..so, kalau dah habis jawab paper pagi tuh, balik je, conpem singgah kt makmal ambe..tapi tak selalu, kadang-kadang, ambe sendirian jugak..hehe..
Dah habis cerita yang tuh, de cerita laen pulak, member ambe yang sorang lagi, dialah Director a.k.a Azlan..boleh dikatakan, ambe setiap masa, kalau bosan je, pergi berlatih script kat bilik die..yang paling best, director tu pun layan jugak script ambe..hahaha..ini bukan satu rekaan, ambe nak beritahu, ambe tak pernah jumpa roommate sebegini rupa..orang cakap; “ bile die drift, angle die cantik, ada earrrrnnn, gua cakap..”..maksudnya, ahli rumah terbaek la nih..pe macam bro, de nak test power..ahaks...ambe selalu terlupe, roommate ambe ni, semuanya tinggal kt Johor..kat Bumbun sorang, kat Kulai sorang, kat Johor Bahru sorang..padan ambe je tinggal kat Kuantan..hua3..
Close The Gate
Tapi, tak semua yang kita nampak, itu ialah realiti sebenarnya, kalau betul, it’s ok..kalau tidak pun, it’s ok..mungkin belum masanya lagi, atau masa itu tidak akan datang time ambe tinggal serumah dengan roommate ambe nih..huhuhu..coz what, i’m still new..not properly known each other..hehe..so, if you at my place this time, you’ll be say just like me; “ my roommate is the best forever..”..i know about my roommate, you know about yours, so, don’t disturb my home privacy with your nonsense stories..haha
p/s: this story just for this link; http://neweconomist88.blogspot.com . you can read it as your beverage info, and please, do not try this at home! ~ goodbye and see you in the next post..:)
Jan 19, 2010
UNDER CONSTRUCTION
Nov 2, 2009
"HAPPY BIRTHDAY to MYSELF..?? WHAT!!"
Alhamdulillah, penulis menarik nafas lega kerana masih lagi diberi peluang untuk mengubah diri penulis seperti yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta iaitu Allah S.W.T...disini penulis taknak bercakap panjang kerana masa sangat dengki dengan penulis..huhuhu setiap hari kena berleter dengan masa (teman baikku)..
Merujuk perkara diatas, hehehe..macam wat surat je..Hari ini maka genaplah usia penulis dan penulis berumur 20 tahun..so, kalau diimbau kembali perkara-perkara yang telah penulis lakukan sepanjang usia penulis di atas muka bumi Allah..xdapat nak bayangkan..betapa ruginya penulis kerana melakukan perkara tersebut..betapa untungnya penulis kerana melakukan pekara tersebut..seperti hidup seorang pengguna Muslim, memang tidak akan lari daripada melakukan demand dan juga supply kepada perkara duniawi dan juga ukhrawi..so, penulis ingin mengajak anda semua termasuk diri penulis untuk sama bermuhasabah diri ketika ini dan membuat pelan bagi menempuh hari yang mendatang dalam pelbagai dugaan, rupa dan juga cuaca..kerana 'Hari Itu Pasti Tiba'..semakin hari, semakin usia kita hampir menemui 'Hari Itu'.. ehm, analogi yang menarik perhatian penulis..

Tanggungjawab sebagai hamba-NYA, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai teman, sebagai pemimpin dan sebagainya memang penulis tidak terdaya untuk membuat sesempurna dengan ajaran Allah S.W.T (Islam) dan juga sunnah Rasulullah S.A.W..tetapi penulis cuba sedaya upaya untuk mengikuti laluan yang sukar ini dengan sabar..Alhamdulillah..disini, penulis ingin memohon maaf buat diri ini yang selalu berkasar dengan sahabat yang sudah sedia memahami kelakuan penulis macam mane..kepada anak buah dibawah jagaan penulis, (Firdaus-Hakim-Abdellah-Azlan-Shah-Amin-Asrul-Syazwan-Ain-Mustafa-Hamdi) dan mahasiswi yang lain, penulis ingin memohon maaf atas kekurangan komitmen setelah tiba di Jordan ini dalam mempersiapkan urusan kalian..Buat sahabat di Malaysia (student UKM-student USM-student UMP-student IKIP-dll), penulis minta maaf atas perlakuan penulis kepada kalian, doakan kejayaan penulis disini..buat famili tercinta, insyaAllah penulis akan pulang dengan kejayaan yang diimpikan..(terima kasih kerana telefon untuk sambutan birthday penulis..hehehe )
sekian sahaja coretan yang simple untuk kali ini..sehingga berjumpa lagi di lampiran akan datang dengan pembaharuan yang jitu..
Nov 1, 2009
"REGISTRATION WEEK in YARMOUK UNIVERSITY 09"
Pada permulaannya, pentadbiran universiti ditutup sementara sehingga 27hb bersamaan hari ahad kerana menunggu kemasukan pelajar baru..pada pagi 27hb, kami pelajar2 baru dibawa oleh senior ke Dewan Qabul Tasjil (tempat pendaftaran pelajar baru dalam sistem universiti)..so pada mulanya kami macam blur je, tapi satu je yang penting, kalau nak daftar nama pelajar baru atau ape2 urusan, mesti datang awal sikit la, bukan ape, nanti kena beratur panjang, maklumlah orang arab ni ramai..so pada hari first tu kami datang dalam pukul 10:00 pagi.. penulis terkejut la sikit, baru pukul 10:00 pagi tapi barisan dah panjang, kalau pukul 12:00 tengahari macam mana pula ragamnya..so, pembaca yang budiman fikirlah sendiri ea..sebenar nya kami tunggu Dr. Tolafahah (lecturer) yang bertanggungjawab menguruskan urusan kami dan senior hanya membantu sahaja..tetapi lain pula yang jadi..haa, pada mulanya duktur ada, kemudian macam sibuk plak..so kami hanya menunggu di lobi hadapan kaunter sambil beramah-mesra dengan pelajar arab (kalau sempat la kan)..disebabkan queue yang panjang dan kesesakan pelajar, urusan kami ditangguhkan..
Sebelum itu, mula2 mesti mengambil borang pendaftaran di kaunter bagi mengisi nama semua pelajar dalam sistem jamiah, kemudian urusan isy’ar qabul (mengesahkan nama pelajar termaktub dalam sistem @ berdaftar) pulak..selepas dah siap proses pendaftaran, file pelajar perlu dikemaskinikan..bagi budak private (pengajian dibawah tajaan FaMa), selepas isy’ar qabul, mereka perlu membayar yuran universiti dahulu bagi melanjutkan proses seterusnya.. dan bagi budak Kolej Antarabangsa IKIP yang mendapat sepenuhnya pinjaman daripada Yayasan Pahang, urusan kewangan universiti diuruskan oleh pihak MSD Jordan..maksudnya sekiranya pihak MSD tidak menghantar fax money kepada pihak universiti, urusan penulis dan teman yang lain tergendala sementara..so tahun ini (2009), kami pelajar Kolej Antarabangsa IKIP telah sampai di Jordan selepas Eidulfiri dan bukan seperti sebelumnya iaitu di Bulan Ramadhan (batch ke-2)..tetapi akhirnya segala urusan kami semua termasuk budak private 5 orang selesai..Alhamdulillah..

Oct 23, 2009
"EXAM-FEVER-WEEK for MSCIY"
Alhamdulillah penulis menarik nafas lega..kerana masih diberi sedikit sahaja mase untuk memberi peringatan kepada semua teman seperjuangan..bukan ape, peperiksaan sudah hampir mendekati kita semua tatkala kita semua sibuk berprogram..disini, penulis ingin memohon maaf diatas semua-segala perbuatan yang tidak terjaga-terlanjur bahasa hingga mgkn boleh mencetuskan rasa ketidakpuasan hati pada teman-teman..oleh yang demikian, penulis ingin berkongsi dengan pembaca sedikit idea:
Tiga hal mutlak bagi seorang Mukmin, dalam segala keadaan, iaitu:
(1) harus menjaga perintah-perintah Allah,
(2) harus menghindar dari segala yang haram,
(3) harus redha dengan takdir Yang Maha Kuasa. Jadi seorang Mukmin, paling tidak, memiliki tiga hal ini. Bererti, ia harus memutuskan untuk ini, dan berbicara dengan diri sendiri tentang hal ini serta mengikat organ-organ tubuhnya dengan ini.
Sekian sahaja untuk ruangan posting kali ini..diharap semua teman seperjuangan berjaya mengharungi suka duka sepanjang minggu peperiksaan..
Oct 21, 2009
"Continue Session in IRBID City"
Alhamdulillah, penulis masih lagi diberi masa dan peluang untuk mencoretkan sesuatu di ruangan posting ini..seperti biasa, posting yang diupdate di blog ini adalah sekadar pengalaman yang begitu "senang"..senang??? Bukan pe, senang dipraktikkan..cukuplah sekadar menjadi seorang Jurulatih Rekreasi Luar kerana itu je peluang penulis sebelum turn over to Jordan untuk menyambung sesi pengajian disana..Seperti sedia kala, penulis selalu bermonolog dalaman dengan laptop, "kita boleh jadi apa yang kita nak"..yang penting usaha ke arah itu mestila positif dan berkarisma..
Laa, masih belajar ke??? Mestila, penulis ambil bidang pengajian: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Shari'ah Ekonomi danPerbankan Islam Program Berkembar 2+2 Kolej Antarabangsa IKIP dengan Universiti Yarmouk..artikel jurulatih tu sekadar mengimbau kenangan di Malaysia Yang Tercinta dan untuk makluman pembaca sahaja..Saban hari, penulis teringat akan soalan yang dituju tepat oleh "si dia", "taknak post artikel ilmiah ke??"..Insya-Allah, penulis pun memang ada hasrat sedemikian kerana "kita perlu berpijak pada bumi yang nyata"..(faham2 sendiri la ea)..Seperti yang anda semua ketahui, Jordan @ negara Timur Tengah ni memang banyak sangat ilmu & thaqofah yang bleh diambil buat pembaikan pulih pada diri sendiri..
Sekiranya diberi masa, penulis akan berkongsi pengalaman belajar di negara Timur Tengah khususnya di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan..Sekian sahaja coretan kali ini, sehingga bertemu kembali di lampiran baru..
"Be a High-Rope Trainer..??"
Pada hari pertama, peh, memang memenatkan perjalanan dari Pahang ke Terengganu. Kami bertolak dari Kompleks Belia Pahang pada jam 900 pagi dan sampai ke destinasi pada jam 200 petang. Penyertaan dari kontijen Pahang seramai 7 orang, kontijen Terengganu 8 orang dan kontijen Kelantan 8 orang..pada mulanya hanya En. Sabri sahaja yang kami kenal kemudian baru dieratkan hubungan antara sesama peserta. Setelah semua peserta selamat sampai, barulah dimulakan slot yang pertama iaitu pengenalan kepada PJRM dan teknikal High Rope. Peserta juga berkongsi pengalaman sesama yang lain dalam menggunakan peralatan High Rope. Antaranya ialah ketahanan tali, kekuatan tali, dan juga perjalanan persatuan @ aktiviti resort masing2..untuk makluman, kursus ini antara kursus yang paling selesa iaitu jadual yang tak padat tapi tidur dalam khemah jugak..
Pada keesokan harinya, para peserta dibawa menaiki bot laju ke pulau berhampiran bagi meneruskan slot yang seterusnya..agak lama jugak tempohnya (lame tunggu turn) sebelum sampai ke pulau tersebut. Apabila sampai, masing2 membawa peralatan yang berkaitan seperti satu gulung tali (tali dynamic-tali static), harness (full body harness-half harness-chest harness), peralatan teknikal (crab-helmet-juma-sling tape-figure of 8-glove-single pully-double pully-etc), air & makanan, dll..kami terpaksa mendaki sedikit sebelum sampai ke Flying Fox Tower..peh, memang penat dan sakit badan sikit..peserta diterang cara menggunakan semua peralatan yang dibawa bersama tadi termasuklah cara menjaga tali dan mengetahui sejarah sesuatu tali itu. Kemudian, haa, apa lagi time untuk praktikal plak..sebahagian peserta telah jemu main absealing so, tunggu kat bawah je, macam penulis dan beberapa peserta baru, main aktiviti itu berulang kali (hampir 3X bagi setiap peserta tapi tak puas-puas lagi) tapi tetap mengamalkan SAFETY..
Sebelum para peserta balik ke pangkalan, kami setlekan apa yang patut dan sempat bergambar bersama. Kesemua peserta selamat tiba di pangkalan pada jam 500 petang. Pada sebelah malam, sesi tayangan dan santai bersama peserta. Ada yang mempamerkan video yang dijalankan di resort masing2 dan ada juga yang membaca kerana esok akan diuji satu ujian bagi Kursus High Rope Tahap I ini..tapi yang paling best, malam tu penulis tertidur di atas lantai je selepas ulangkaji semula ikatan..memang sejuuuuuuuuuk bro..matahari pun menjenguk ke langit..tepat jam 900 pagi, bermulalah ujian ikatan secara bertulis dan praktikal..tempoh ujian adalah 2jam sahaja kemudian diteruskan dengan majlis penutup..lebih kurang jam 330 petang, squad kontijen Pahang bertolak pulang ke Kompleks Belia Pahang dengan menggunakan bot laju dan kenderaan yang disediakan..
Sekian sahaja sedikit pengalaman baru daripada penulis buat tatapan pembaca dan disini penulis ingin berkongsi beberapa gambar kenangan semasa kursus dijalankan..
"Jurulatih Outdoor Level II..??"
Baru-baru ini, penulis telah menyertai satu Kursus Jurulatih Rekreasi Luar Tahap II (atas jemputan kak Wan juga).Kursus itu diadakan di Taman Pertanian (sebelah kampus penulis je) dan berlangsung selama satu minggu je..untuk pengetahuan pembaca, kursus ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM). So, bermulalah pengalaman baru dalam hidup penulis sebagai jurulatih muda Rekreasi Luar Tahap II..
Pada hari pertama, penulis antara peserta yang terlewat mendaftarkan nama, so agak kelam kabut gak dan dimaklumkan bahawa para peserta adalah dalam kalangan belia. Ada yang lepasan SPM hinggalah yang masih belajar (area2 penulis je). Peserta diberi taklimat kursus oleh En. Daud (KJ) bagi aktiviti yang akan dijalankan selama satu minggu itu..untuk makluman, selama satu minggu kami berkursus, kami dibekalkan 2 ransom yang terdiri daripada solid fuel, storve, paket makanan yang siap dan biskut..haa, sebiji macam tentera..macam biasa, adat kursus konpem tidor dalam khemah. Penulis masih lagi tidak kenal sesama peserta..hmm, bila agaknya beleh kenal ea..slot pertama diisi dengan ice-breaking..para peserta diberi peluang mempamerkan cara @ skills bercakap masing2 dihadapan KJ sebelum bermula slot itu, peserta diberikan barang amanah oleh En. Shukri (ui, memang bosan ar camtu, asal kursus je barang amanah)..
Setiap kursus pasti ada organisasi, so penulis dilantik sebagai Penghulu bagi kursus ini. Memang berat tanggungjawab yang diberikan (maklumla nak pimpin orang yang dah beso ni susah)..hari pertama kursus dah kena makan leteran KJ, ui nak muntah pun ada kemudian didera ringan (kena buat bendera dan reka lagu tema sendiri) sampai pukul 430 pagi..ada yang tidur atas lantai, atas meja (sambil duduk), dan selebihnya dalam khemah ar..Hari kedua pun muncul, penulis menjalani slot Malaysia Cergas. Peserta dibawa berjogging sekeliling taman, buat sprint test sekejap, pastu pum-pin 40 kali dalam masa 2 minit secara berpasangan kemudian dibalas dengan sit-up selama 40 kali juga dalam masa 2 minit. Sebagai penghabisan, Gayutan 10 terbaik disajikan kepada peserta..malangnya penulis bersama teman yang lain berhutang dengan KJ so, sebagai denda, asal nampak je KJ lalu turun 10 kali..haa, macam ini la selalu bagi setiap pagi hari2 kursus..
Dalam kursus ini, peserta didedahkan dengan pelbagai modul seperti First Responder Support (CPR & pertologan cemas), teori @ kraf perkhemahan, orienteering/ navigasi/ survivor, water rescue (kayak), trekking/ hiking, teknikal tali (flying-fox, absealing, repealing) dll. Dalam First Responder Support, peserta didedahkan dengan kepentingan membantu orang awam yang dalam kecemasan. So, semua yang dilakukan ada rules yang digariskan oleh jabatan yang terlibat. Jabatan Operasi Bomba Kuantan turut berkongsi pengalaman semasa modul ini dilakukan. Pada petangnya, peserta diperkenalkan dengan teori perkhemahan. Disini, peserta diuji sejauh mana tahap pengetahuan mengenai perkhemahan sebelum diterang dengan lebih lanjut oleh wakil dari PJRM sendiri mengenai perkhemahan yang sebenarnya..rupanya, perkhemahan pun ada persiapan yang rapi juga sebelum kita berkhemah..(ui, memang leceh tapi itu semua untuk safety masing2)..sepanjang kursus nilai murni 5K diterapkan ke dalam jiwa peserta iaitu keselamatan-keselamatan-keselamatan-keselamatan-keselamatan..

Sebelum peserta menjalankan aktiviti seterusnya, peserta diterangkan mengenai cara @ kaedah trekking/ hiking yang betul dan cara mempacking barang ke dalam harversack..ini akan memudahkan peserta semasa menjalani aktiviti lasak..Pada hari berikutnya, peserta diberi taklimat untuk slot orienteering/ navigasi/ survivor oleh wakil dari Askar Wataniah Kem Tentera Darat. Para peserta diajar cara membaca kompas yang pelbagai bentuk dan jenis, cara membaca peta, mengukur jarak, membaca bearing dan menggrid peta. Ini kerana latihan praktikal akan dilaksanakan bagi menguji daya ketahanan dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta. Kemudian peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil bagi melaksanakan aktiviti pandu arah sejauh 7 km ke dalam hutan. 3 kumpulan dilepaskan di 3 checkpoint yang berbeza dan akan bertemu semula bagi menjalani aktiviti survivor. Kumpulan penulis antara yang terawal sampai di checkpoint bagi 2 km yang pertama..perjalanan merentasi semua jenis halangan yang mendatang..ada paya, ladang kelapa sawit, ladang getah, anak sungai, dan juga lereng bukit. Nak dijadikan cerita, semasa kumpulan penulis merentasi belukar, peh terserempak dengan cik Bi plak (babi hutan), ui memang besar, dan alhamdulillah masa itu cik Bi dah tersekat dalam perangkap tapi macam berjaya meloloskan dirinya..apa lagi lintang-pukang dibuatnya..kemudian kumpulan penulis diserang penyengat piring, habis basah kami dibuatnya kerana salah satu cara untuk mengelak darinya adalah dengan terjun ke dalam sungai..perjalanan sejauh 7 km memang memenatkan, dahla membawa bebanan bekalan, trek perjalanan plak curam..hampir kesemua peserta bermuka ‘mantel’..
Itulah nikmat sebenar bagi seorang outdoor, hutan dijadikan sahabat karib. Setelah ekspedisi navigasi sejauh 7 km berjaya ditamatkan, para peserta dibawa masuk ke bahagian hutan yang lain bagi menjalankan survivor @ ikhtiar hidup..peserta diberi kawasan dan membuat pos kawalan (head quarter) dan tempat berteduh..hmm, macam2 style ada, memang termasuk dalam Plan Pembinaan Apartmen gaya tempat berteduh itu. Kalau nak makan, haa, masak sendiri la, itupun diberi ransom kalau tak masak apa yang terdapat kat dalam hutan itula nampaknya..kemudian, peserta dibawa night-walking ke satu kawasan lapang dan diuji dengan pelbagai bunyian yang tidak mustahil boleh berlaku apabila kita berada didalam hutan..setelah habis, peserta disuruh tidur di kawasan lapang tadi..ui, yang paling kelako, ada jugak yang tertido, apa lagi KJ bagi ‘ubat pelali’.. haa, dia suruh rendamkan separuh badan ke dalam sungai..cuba ANDA bayangkan, angin pada jam 300 pagi bertiup terus pada badan yang basah separuh (uui, memang sejuk bro).
Dua hari sebelum tamat kursus peserta diperkenalkan dengan teknikal tali dan juga water rescue (kayak). Antara jenis ikatan yang diperkenalkan ialah Clove Hitch, Butterfly, Square Knot, Sheet Bend, Italian Hitch, Mantel Hitch, Thumb Knot, Bowline, Figure of Eight, ikatan prusic dll..ini bertujuan memudahkan kerja apabila membuat aktiviti yang menggunakan tali seperti flying-fox dan absealing..ada yang sampai terbelit badan kerana bersungguh2 mengikat tali kemudian peserta diajar cara meng-coil tali dengan betul..untuk makluman pembaca, tali dibahagikan kepada 3 jenis iaitu tali static, tali dynamic dan tali semi-static..pada sebelah petangnya, kami dibawa oleh KJ ke sebuah tasik yang flat water bagi membuat water rescue (kayak). Kayak dibahagikan kepada single dan juga double. Sebelum menjalani aktiviti, peserta diberitahu akan isyarat yang sepatutnya semasa berkayak..haa, bukan kat jalan raya je ada signboard, kat dalam air pun ada jugak..sebelum diteruskan peserta disuruh membuat water confident dalam beberapa minit dengan menggunakan B.A @ Life Jacket..setelah selesai, peserta diberi peluang berkayak dan menterbalikkan kayak (rescue) kemudian mengangkat kayak didalam air dalam keadaan terbalik..haa, macam mana tu, sama2 lah pembaca fikir ea..
Pada hari terakhir, peserta diuji dengan satu ujian bertulis (cam exam plak) bagi melihat tahap kefahaman seorang jurulatih atas semua aktiviti yang dijalankan selama satu minggu itu..untuk makluman pembaca, kami selalu didenda lari padang atas kesilapan ahli, penghulu yang kena tanggung kemudian disebabkan kasihan kepada penghulu, semua ahli turut dihukum..haa, bukan senang nak jadi pemimpin ni..asyik kena marah je..tapi yang paling best, mulut penghulu sentiasa menyebut, “dalam kiraan 10, semua dah ada dalam dewan”, dan “dalam masa 2 minit, saya nak kamu semua hilang dari pandangan KJ”..haa, sebelum terlupa, perkataan, “baik, Cik”, “faham, Cik”, “boleh, Cik” sentiasa disebut..akhirkata, penulis dapat merasai satu pengalaman baru sebagai Jurulatih Rekreasi Luar Tahap II dan menjadi seorang budak outdoor (budak mantel) semasa cuti semester..disini penulis memperlihatkan beberapa teman seperjuangan sepanjang kursus tersebut..
"Last Training..??"-"YEAH!!!"
Baru-baru ini, penulis sekali lagi dijemput oleh pihak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua untuk menjadi fasilitator bagi satu program yang dirancang rapi oleh pihak IKBN sendiri iaitu Program Citra Ibadah-Generasi Al-Quran. Kali ini program ini dibuat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berlokasi di Bangi, Selangor Darul Ehsan. Penyertaan dibuka terhad kepada penuntut senior IKBN iaitu seramai 200 orang peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan..ish2 memang ramai..tetapi penulis ada terbaca didalam satu artikel, dimana moderator program berkata, “saya tidak akan membuat apa-apa program yang melibatkan penyertaan lebih daripada 100 orang peserta..haa, tau tak kenapa?? Tanyalah sendiri moderator tu..hahaha
Penulis bersama 4 sahabat kuantan yang lain tiba agak lewat di ILIM kerana mengambil tiket bas pada pukul 0130 petang hari jumaat..uuii, time yang paling memenatkan..bus S.P.Bumi perjalanan (Kuantan-Kajang)..perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam kerana penulis sampai di Perhentian Bas Kajang lebih kurang pukul 0630 petang..akhirnya penulis menarik nafas lega..alhamdulillah, sampai jugak akhirnya.. sepanjang perjalanan agak membosankan..pada awalnya memang pelik la kan, ye arr datang tempat orang tapi yang paling best penulis jumpa member lama ex-ihsan, Noraniza Bt. Abd Kadir (niza).. die budak kimia kat UKM Bangi tapi tak sempat nak berbual panjang sebab penulis dah counting dengan pihak ILIM-IKBN akan sampai sebelum maghrib kat sana..hari pertama sampai, budak2 pandang lain macam je kat kiteorang tapi xpelah, biasa arr camtu..

Slot pertama dihandle oleh pihak ILIM sendiri, so kami fasilitator IKBN tengok je la.. kemudian kami diminta untuk mempamerkan i/c..(eh, silap bukan i/c, macam kena tahan plak) memperkenalkan diri masing2 tetapi nampak gayanya orang yang belajar di Universiti Al-Azhar lebih dikenali..(peserta membunyikan: whoaaaaa) berbanding kami di Universiti Yarmouk tapi xpelah..hal kecik je semua tu..untuk makluman pembaca, kami di IKBN dibantu oleh fasilitator dari ILIM sendiri akan tetapi lewat untuk menonjolkan diri..(sebab ada program)..so yang menghadirkan diri pada masa tu..(ustaz zul-ustaz saifullah-ustaz hamdi)..rupanya ILIM adalah satu kawasan yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan..bagi slot seterusnya iaitu slot LDK, kami yang perlu meng-handlenya..sebelum tu, semua plan perjalanan LDK, kami yang tentukan dan dibantu oleh pihak ILIM..(adala sikit-sikit tak banyak pun)..(haha, teruk betul penulis ea)..kemudian penulis selaku wakil fasilitator IKBN telah dimaklumkan petang sabtu bahawa telah berlaku satu kes pada jumaat malam di kawasan dorm peserta..maklumla kita boleh menganggap bahawa peserta baru je lepas keluar dari penjara @ pusat tahanan..penjara yang dimaksudkan ialah IKBN..(setelah penulis membuat survey dalam kalangan peserta)..
Haa, apa lagi petang tu jugak penulis membuat ra-call (pertemuan secara mengejut) di kawasan dorm, bukan untuk menegur tetapi memberitahu tentatif untuk malam nanti dan beberapa simbol yang berkaitan..(disamping untuk melepas geram kepada budak2 peserta..huh, puas hati)..lagipun healer tak disediakan so, kena menjerit sikit..setelah tamat LDK last sekali dalam pukul 0000 malam, macam biasa ada post-mortem bagi LDK hari itu dan untuk hari esoknya..kemudian dan-dan je ada rombakan bilik bagi peserta perempuan..(nak buat macam mane, budak degil, aduiii susah arr camni)..last-last penulis dengan urusetia lain masuk dorm pukul 0200 pagi..tapi tetap tak tidur jugak sebab ntahla xngantuk lagi kot..slot pagi ahad memang best kerana mendapat perhatian daripada peserta..(iaitu slot ujian pengukuhan)..sebenarnya peserta diuji dari segi pengenalan huruf hija’iyah (alif sampai ya’) kemudian hukum tajwid yang asas iaitu hukum lima beserta makhraj huruf dan simbol2 yang terdapat dalam mashaf Al-Quran.. salah satu hukuman bagi yang gagal menjawab soalan adalah dengan menyebut huruf hija’iyah..namun masih ada lagi yang gagal untuk menyebutnya..apatah lagi menulis..tak semua peserta ea, untuk makluman pembaca, ada je peserta yang sudah mendapat ijazah dari Syria dalam konteks pembacaan Al-Quran..so bagusla kalau macam tu, boleh menolong sahabat lain di IKBN..
Disini penulis bukan hendak mengaibkan mereka tetapi inilah kesilapan kita sebenarnya.. kita sibuk belajar hal2 dunia tetapi hal2 akhirat @ fardhu ain diabaikan..alhamdulillah hampir kesemua pandai menyebut dan membaca al-quran..penulis tidak sempat untuk bergambar bersama peserta keran mengejar masa sebenarnya..(tiket bus plusliner perjalanan Kl-Kuantan pada pukul 0230 petang)..uii, kerja giler oarng kata..jalan di stesen KTM di sekitar UKM Bangi dahla sesak pastu kena tunggu KTM plak..bila dah masuk dalam, ramai plak orang..so berdiri sampai ke stesen Bandar Tasik Selatan..then amik LRT ke Titiwangsa..huh, boleh la duduk tetapi jam di tangan meunjukkan pukul 0235 petang..sampai2, xsempat pintu LRT terbuka, masing2 (penulis dan 9 sahabat yang lain) bergegas ke Perhentian Pekeliling..aduiii, bus plak dah bla, memang patut pun jam dah pukul 0245 petang..so, tiket burn arr..kena beli tiket baru..so, kami naik bus Sutera perjalanan Kl-Kuantan pukul 0300 petang..alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi pukul 0700 malam..dan masing2 pulang ke hostel buat sementara waktu je..untuk makluman lagi, hari esoknya, penulis dan semua sahabat yang lain akan menjalani Birotatanegara (BTN) di Kem Bina Negara Kuala Lipis selama seminggu jeee..
hahaha camtu je la ending bagi artikel untuk ruangan kali ini..




